Rabu, 30 April 2014

jaundis-cara ubat-cara elak

Salam... Diary CekYA,...

mihihi.. cekYa bebenornya xd apa sgt nk share pg ni..

semalam berlalu dgn perkara yg biasa2 je.. kang nk citer pun nnt korunk bosan.. hahahaahahahah ..... cekYA just macam terpikir kenapa skang ni asal baby baru lahir je mesti ada demam kuning..
latest, ank kazen cekYA yg lahir sabtu hari tu... pas dah dibawa blik ke Melaka.. tgk2 kn diagnos "kuning" jugak... hmmm da jadi mcm perkara biasa je plak.. huhuhuhu...

cekYA sebut pasal menda ni kan apa... sbb anak3 cekYA yg ber3 tu.. xpernah la plak kn "demam kuning" jadi cekYA pun xtahu sgt pasal penyakit ni...

1) kenapa ia berlaku
2) cara ubatnya
3)cara nak elakkan dari terkena

so, cekYA duk google2 tgk.. rupanya demam kuning juga dikenali sbg JAUNDIS... (saja la nk tau tu.. kan apa.. tuk pengetahuan sdr.. n n sharing la ngan kazen tu..) cekYA dapat artikel ni.. meh cekYA share ngn korunk... kredit untuk http://isyadkisya.blogspot.com/

BAYI yang baru lahir berisiko menghidap demam kuning atau dikenali sebagai jaundis, sama ada bersifat normal atau patologi.Lebih kurang 50 ke 60 peratus bayi yang lahir cukup bulan mengalami jaundis pada minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas dilahirkan.Jaundis juga biasanya berlaku kepada bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan.Pada sesetengah bayi, ia berlaku hanya sekejap, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau dengan rawatan yang ringkas . Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian.

Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian putih mata dan juga kulit yang bertukar warna kekuningan. Kesan itu dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagian bawah badan. Bayi jaundis juga akan kerap tidur.Biasanya bayi yang lahir mengalami warna kekuningan ini disebabkan pigmen kuning atau lebih dikenali dengan nama bilirubin yang meningkat dalam darah.Bilirubin ini berlaku akibat pemecahan sel-sel darah merah sewaktu bayi lahir. Ketika bayi dalam kandungan, bilirubin dibuang melalui plasentra dan seterusnya oleh organ. Hati dari ibu akan diolah menjadi bilirubin untuk dibawa ke usus dan seterusnya dibuang melalui proses tinja. 

Namun setelah bayi lahir, proses tadi akan dilakukan oleh hati bayi itu sendiri. Disebabkan fungsi hati belum sempurna, proses itu lebih lambat menyebabkan bilirubin tetap tinggi dalam bayi.Bilirubin inilah yang masuk ke jaringan kulit sehingga bayi kelihatan kuning pada keseluruhan tubuh dan matanya.Bagi bayi normal, setelah tiga atau empat hari kelahirannya, kadar bilirubin akan menurun perlahan-lahan seiring dengan pertambahan fungsi hatinya.

Biasanya bila umur mencecah tujuh hari, bayi sudah tidak kelihatan kekuningan lagi. Inilah penyakit kuning yang bersifat fisiologi atau normal dan tidak berbahaya bagi bayi.Namun, berbeza pula bagi yang menghidap penyakit kuning patologi. Ia timbul lebih cepat dan biasanya 24 jam setelah kelahiran dan peningkatan kadar bilirubin di dalam darah bayi juga berlaku dengan lebih cepat.Jenis penyakit kuning seperti ini boleh disebabkan oleh jangkitan pada bayi, ketidaksesuaian jenis darah ibu dan bayi, serta kes yang jarang berlaku disebabkan kekurangan enzim G6PD (glukosa 6 Phosphate Dehidrogenase). Enzim ini terdapat di dalam dinding sel darah merah yang berfungsi untuk mencegah sel-sel darah merah.

Apa perlu dilakukan pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah untuk mengukur tahap bilirubin.Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis.Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih.Biasanya ia tidak memerlukan rawatan. 

Jika memerlukan rawatan, ia dirawat menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakkan di bawah cahaya bililight.Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.

1. Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerap.Kolostrum akan bertindak sebagai laksatif dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin.

2. Elakkan mengambil air tambahan. Hanya dua peratus bilirubin keluar melalui air kencing dan 98 peratus keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.

3. Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap dua jam.lJika bayi tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari tiga kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam dan beri kepada bayi anda.

4. Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus kerana kulit bayi sensitif. Buka pakaian serta lampin dan letak di dalam bilik yang ada banyak cahaya.

Ok dah baca kan..ingat kolostrum tu sangat penting untuk baby.lagi kerap baby  menyusu lagi kerap la dia berak.so kuning pun cepat hilang kan.

ok.. tu antara yg boleh diamalkan... apapun.. sebaik baby lahir.. terus bg susu ibu sebanyak mungkin.. iini sgt membantu... nnt cekYA nk hapdet bgtau kazen cekYA tu.. soh dia paksa baby nyusu.. mihihihihi

ok.. kat bawah ni plak cara tuk elak.. jaundis... 

harap ada yg boleh amik manfaat darinya...

UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN : 
1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis) 
  
2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran) 

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari. 

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan. 

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari. 

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas. 

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin. 

kredit untuk http://www.whiteymommy.com/
BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH : 
1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. 

 2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut. 

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut. 

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah) 

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan) 

lagi kredit untuk whiteymommy...

cekYA harap perkongsian ini.. boleh dipergunakan oleh semua readers yg membaca diary cekYA ni.. cekYA pun simpan maklumat ni.. tuk kegunaan cekYA nnt... who knows... cekYa tetiba termengandung lagik ke.. mihihihihii.. in sha Allah...

ok ler.. till next post cekYa akn cr bahan tuk kita share sesame...


bubye

aku the writer
akuLeya

terbaru.... :)

abh...

Akhirnya pas dr minggu ke seminggu... plan nk blik kg terlaksana... wlau gerak dr bangi dah menjelang 5ptg... smpai kg ...