Isnin, 31 Mac 2014

SABTU AKU!!!

ASSALAMUALAIKUM..

Well nak Up satu cerita @ kenangan.. untuk sabtu aku 28/3/2014.. yeah.. balik je dr opis (half day la ni kan!) aku bergegas bersiap untuk menghadiri kenduri di Jalan Lobak Seremban... nak jadi citer dlm aku duk plan ngan kazen husband aku tu... nk g "makan Gulai" kereta aku lak start on Friday tu da start wat pangai... xnk lak dia idup bila dstart... adik opismate aku tu ckp "bateri signal OK lg ni kak! takot Alternator jerp" aduh mak aiiii.. menatang apa plak Alternator tu.. hukhukhuk....makanya dengan segala vogue yang ada.. aku pun pergi la "makan Gulai" dengan kete kije Mr Hubby.. not a big deal pun ekceli.. hikhik.. just ank2 xpat nk selesa sgt la,... maklum je.. ank 3 org,.. nek KANCIL hiihih.. (selalu aku pesan ngan ank3.. atleast!!! kita ada kereta... rather than ada jugak stgh org yg lbih susah dari kita.. ) .. ok.. perjalanan ke seremban berjalan lancar... "makan Gulai" pun sgt2 puas hati,... selamat pengantin baru kepada si pengantin.. dan semoga berbahagia sehingga ke hujung nyawa.. :) ...

aku gerak balik dlu dr majlis kenduri sbbnya aku nk g pick up adik ipar aku kt stesen komuter seremban... and straight away balik ke PD.... smpai PD sempat la aku berehat seketika sebelum teruskan perjalanan kami ke UMANGUMANG resort... ni kes nk kepuasan hati sebelum confirmkan venue tuk our gathering day ujung taun nnt la ni.. :) ... well superbb.. tempat tenang...nyaman... dengan desiran ombak menghempas pantai... ngeheheh... SET!! tempat tu telah dipersetujui dengan sebulat suara,... semua setuju tempat ni dijadikan venue... selesai sudah tugas aku!!! part venue settle... now nk pk part seterusnya plak... menjelang mlm kitorg gerak dr kuala linggi... balik ke PD... well...

anak3 aku da sok sek sok sek.. nk mkn kuey tiaw... singgahla kat King's Char Kuey Tiaw... pekena sepinggan sorg Char Kuey Tiaw... hikhikhik.. seronok tgk bebudak ni.. happy... hmmm well tu je la mampu dan sempat nk bwk ank2 berlibur sepanjang cuti sekolah ni.. kesian.. langsung xkemana2... plan ahad nk ke KL pun x tercapai hajat... sbb "Ferrari" aku wat pangai tu kan.. hihihi

alamak teringat pasal Ferrari plak... harapnya dia xd la wat pangai susah nk start tu jap g!.. hukhukhuk.. nak rush p amik hero malaya kt sekolah sat g nih

ok lah.. aku nk share tu je la tuk rini... hahahah yg pnting venue tuk event ujung taun ni.. da settled.. :)

aku the writer
akuLeya

Sabtu, 29 Mac 2014

disabitkan kesalahan atas sebab memberi didikan dan ajaran kepada anak-anaknya... DUNIA AKHIR ZAMAN


DALAM BANYAK2 STORY #MH370... KITA TURUT DISAJIKAN DENGAN BERITA PASANGAN YANG MENETAP DAN BERTUGAS DI SWEDEN INI... SEDIH BILA DI FIKIRKAN... PERKARA BAIK.. DISANGKAL.. PERKARA XBAIK... JADI IKUTAN.. :'(

Pasangan Malaysia yang dituduh mendera anak-anak mereka diSweden didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Daerah Solna pada Jumaat. Mahkamah juga menetapkan bahawa pasangan itu perlu membayar ganti rugi terhadap anak-anak mereka.
Ibu kepada empat orang anak, Shalwati Norshal dijatuhi hukuman penjara selama 14 bulan kerana perlakuan kasar terhadap anak perempuannya dan anak lelaki sulungnya serta atas kesalahan menyakiti dua lagi anak lelakinya.
pasangan malaysia bersalah dera anak di sweden
Sementara itu bapa mereka, Azizul Raheem Awalluddin dikenakan hukuman penjara 10 bulan kerana dia didapati bersalah mengasari tiga anak anaknya. Azizul bagaimanapun dibebaskan daripada apa-apa kesalahan terhadap anak bongsunya, lapor mStar.


AGAK2 ANAK3 PASANGAN NI DA RASA PUAS HATI TAK DENGAN HUKUMAN NI??? AKHIR ZAMAN DA.. NAK DIDIK ANK3 MENJADI ANAK YANG BAIK PUN DAH JADI SATU KESALAHAN... HMMMPPHH...

AKU SHARE, AKU SEDIH, AKU TAK RASA BERITA NI SESUATU YANG BAGUS
SHARING IS CARING
AKU THE WRITER
akuLeya

Jumaat, 28 Mac 2014

wahai diary ku... 28/3/2014

assalamualaikum dairyku.. hahaks.. aduhh selesai sesetengah perkara hari ni... (aku amek half day hari ni.. untuk selesaikan perkara yang sgt penting dlm hidup aku ni!) cheeeewah!!! :)

pertama :- pergi menara perkeso seremban... kasik setel itu hal caruman pekerja... (diorg nak saman menyaman kau!! hikhikhik..) ok2.. da selesai yg tu... (ghupernya dia nk aku tunjuk muka aku yg xberapa nak cantek ni je kat sana... meaning aku mnyerah kalah la.. hikhik... Alhamdulillah.. aku kalau part saman mnyaman ni fobia ckit!!

Kedua : Ronda Seremban town.. cari MBSB .. (Malaysia Building Society Berhad) ... hmmm nk setel seperkara hal disitu (xleh nk citer lagi... masih dlm pertimbangan... kehkehkeh) ...

Ketiga : Ronda Courts Mammoth ... hah yg ni adalah untuk menghabiskan masa yg tinggal sikit sebelum shoot ke Port Dickson balik untuk masuk kije.... hasilnya.. Mr Hubby kata" mahal kalau kita beli kat cini barang... interest?? >> bla... bla.... maka keluar dengan tangan kosong.. :) ,, sebenarnya mmg da paham ngan style Mr Hubby ni.. semua nak cash jer... xmo utang2.. bukan apa... jimat interest... kalau xmampu.. wat cara xmampu... duk dendiam katanya... hahahhahah.. Baik Boss!!!

hmmm... dengan segala hormatnya aku pun punch in la masuk kije... dan... hasil yang pertama... yang ini lah!! tulis diary... kuang,.. kuang.... kuang.... (kan apa... senang nak refer bila date aku setel sumer hal ni...)

ok lor... chow chin chau... (kije weiiii kije....)

aku the writer
akuLeya

Khamis, 27 Mac 2014

ALFATIHAH

antara yang termampu dilakukan.. boleh selalu digunakan....sentiasa diamalkan untuk dijadikan pendinding diri...







sharing is caring,
akuLeya

Cara nak tau kedai yang menggunakan pelaris....

“Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat”
( Al-Hijr: 42) 
“Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya” ( An-Nahl : 99)
“Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW ” ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)
Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud.Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh.
Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan,bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli politik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini.
Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.
Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai.Di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid ,surau-surau dan forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara kita malaysia.
Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanypopular di Indonesia dan Sabah sarawak sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke semenanjung.Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan.Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau tidak.
Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. 
Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he he
Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :- 
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
“Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu”.
( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 )
Sumber: AnakMuaalaf

sharing is caring
akuLeya

Rabu, 26 Mac 2014

PERSOALAN LAGI #MH370 NI.. BELUM ADA PENGAKHIRAN UNTUK MENGETAHUI CERITA SEBENARNYA.... :')


AKU TERJUMPA INI DI FACEBOOK??? BUAT AKU LEBIH KUAT DGN RASA AKU... MH370 BELUM TERBUKTI PENGAKHIRANNYA... AKU PUN XRASA NAK SEDEKAHKAN FATIHAH UNTUKNYA SBG ARWAH... HANYA SEDEKAH FATIHAH DISMPING DOA AGAR MEREKA SEMUA SIHAT DAN DILAYAN SEBAIKNYA "DISANA" ... ANDAI ADA APA2 PERMINTAAN.. TAMPIL LAH SUPAYA KAMI TAHU.. ANAK2 KAPAL SERTA PENUMPANG #MH370 MASIH HIDUP... 

Siapa kata MH370 terhempas? 

Hatta PM Najib sendiri tidak mengatakan demikian.

Perkataan "terhempas" tidak digunakan Najib semasa memberi kenyataan terkini.

Beliau sekadar mengatakan,"mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi....".

Tafsirannya juga boleh kata MH370 mendarat di Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi.

Selagi bangkai pesawat tidak ditemui,misteri ini belum berakhir. Biasanya,jika kapalterbang terhempas di lautan,beberapa perkara diambil kira.Antaranya :

1) Radar dan satelit akan mengesannya.Tetapi Satelit dan radar milik Amerika Syarikat tidak mengesan sebarang letupan pada 8hb Mac. Sedang AS miliki mempunyai teknologi tercanggih.Peliknya,setelah 17 hari barulah Satelit Britain mengesannya.

2) Jika pesawat terbenam,akan timbul di permukaan air beg-beg penumpang,barangan yang ringan bahkan serpihan kepak,sayap pesawat akan bertaburan.Peliknya,ini tiada. Sekadar satu dua "bukti"dikesan satelit,kemudian "hilang" apabila kapal atau pesawat datang mencari.

Harus disedari bahawa pesawat MH370 itu saiznya bukannya sekecil kapalterbang mainan yang dijual di Mydin!

Kini,semua penduduk bumi menunggu kotak hitam dan bangkai pesawat. Ini kerana keduanya tidak boleh dimakan ikan jerung!

Apa yang pasti. Pakatan Amerika,Britain dan Australia sedang "bermain" dengan China!

Dan Malaysia jadi "kambing hitam" dalam permainan ini.

Harapan terhadap MH370 masih belum pudar..

Sumber: tranungkite.net




akuLeya

Selasa, 25 Mac 2014

#MH370 satu pengakhiran yang x pasti kebenarannya



perasaan dan pemikiran aku untuk #MH370 sama mcam artikel yang aku ambik dari  http://cursingmalay.blogspot.com/2014/03/mh370-selepas-lebih-dua-minggu.html ni... ini lah yang bermain difikiran aku... jelas sama.. so aku copy  n kalo korunk sudi dan suka... bacalah,,,


1. Denial


Aku masih lagi tak dapat menerima hakikat yang kerajaan kita hanya menggunakan data-data satelit untuk "mengesahkan" yang MH370 dah terhempas. Apa buktinya? Mana dia sisa kapal yang dah dikutip dari laut? Kenapa Najib menyebut pengesahan hanya berdasarkan bukti teori dan langsung tidak menyebut sebarang bukti fizikal yang jauh lebih sahih dapat memastikan, ya itu adalah Mh370! Kadang2 bila difikirkan balik ada jugak logiknya rumours2 yang tersebar yang mengatakan ini semua ada kaitan dengan political games sesetengah pihak dan mereka2 yang terkorban ni adalah collateral damage yang menjadi mangsa politik sesetengah golongan.

2. Anger

WHAT THE FUCK KERAJAAN MALAYSIA! APA YANG KAU NAK SEMBUNYIKAN NI SEBENARNYA? Kau punya alasan tak nak inform pasal air turn back dari awal tu kenapa? Dah la kemudian keluar statement kata tak nak disclose pasal radar military sebab tak nak orang tau keupayaan radar negara. Yang paling haram sekali, kalau kau dah tau awal2 yang kapal terbang tu dah patah balik kenapa kau suruh jugak diorang carik kat tempat yang kau dah tau kapal terbang tu tak lalu?

Tak masuk lagi pengakuan Najib bila dia kata "kerajaan Malaysia sangat mengambil berat mengenai perkara ini sehingga kami mengabaikan keselamatan negara.."

Jika ada apa2 la yang disembunyikan oleh pihak kerajaan kita dan mereka sebenarnya tau apa yang terjadi kepada penumpang dan anak kapal MH370 ni tapi terpaksa disembunyikan kerana "sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan," aku harap dekat Padang Mahsyar nanti kita tunggu dan tengok la sama-sama.

Macam mana kau nak tau apa terjadi pasal MH370, macam tu la rasanya si bapak Altantuya tu rasa tiap2 kali dia datang Malaysia dan bertanya perihal anak dia yang mati kena bom tapi mahkamah declare "motif membunuh tidak relevan.."

3. Bargaining

Apa yang aku harapkan adalah keadilan kepada semua pihak. Banyak benda yang pelik dalam penyiasatan ni. Aku tak ada sedara mara atas kapal terbang. Aku ada sorang kawan. Sorang lagi member aku, jiran dia, isteri dengan anak ada kapal terbang tu. Kalau kerajaan cuba cover up macam mana pun, Allah tau apa jadi. Ingat ayat ini kerajaan Malaysia....jika kau dapat tekanan antarabangsa dan kau cover up benda ni, kau deny justice dan closure untuk orang yang ada sedara mara atas flight ni.

Ataupun mungkin ini semua memang kerosakan teknikal? Kapal terbang terpaksa turn back sebab kebakaran yang mengakibatkan komunikasi terpadam? Tapi macam mana pulak dengan media2 luar ni yang nampaknya sedaya upaya memburukkan Kapten dan Co-Pilot Mh370 dengan pelbagai dakwaan yang tak munasabah? 

Ataupun mungkin boleh kerajaan kita cerita betul2 dekat semua orang apa sebenarnya yang terjadi tanpa mengira hubungan diplomasi? Mungkin bunyinya gila tapi kadang2....

Entahlah. Terlalu banyak teori sehingga kelam kabut semuanya. Aku still harap rumours paling awal aku dengar bila orang kata "semua penumpang masih lagi selamat sebab mereka dijadikan hostage dalam rundingan untuk mengelakkan perang dunia" tu betul...

4. Depression

Sejak awal lagi bila aku baca pasal MH370 dan aku tau yang kawan aku ada atas flight tu, aku sebenarnya dah slowly dapat terima yang endingnya takkan jadi happy ending macam dalam filem, dengan shot dari jauh nampak bangkai pesawat tapi penumpang semua terapung atas lifeboat sambil melambai dekat helikopter yang terbang di atas selepas beberapa hari terdampar di atas laut, dibawak arus dan ombak.

Mungkin pemikiran aku macam tu sebab masa aku nak meningkat remaja, doktor ayah aku bagitau yang bapak aku ada tak sampai lagi setahun aje life expentancy dia dan waktu tu aku punya lah hope yang expectant dia akan panjang tapi beberapa bulan kemudiannya, bapak aku dah arwah. Kejadian tu seolah-olah dah jadikan diri aku prepare for the worst dari awal....sebab kadang2 hoping leads to nowhere. Kita perlu berharap tapi kita juga perlu terima hakikat, Allah ada cara tersendiri dalam mengatur hidup kita.

Itu realiti. Mungkin kau boleh stay positif sepanjang 2 minggu lepas ni. Mungkin itu cara kau cope. Aku, always expect worst. Tiap2 orang ada cara dia. Yang penting, tiap2 kali lepas kau menghadap satu kematian, kau kena ingatkan diri kau, "kalau aku mati, aku nak orang ingat aku sebagai seorang yang berguna. Bukan kaki pempuan, bukan kaki clubbing, bukan kaki spa, bukan kaki buang anak dalam jamban..."

Apa yang aku belajar dari pengalaman aku masa kecik adalah semua orang akan mati. Kau hope macam mana pun seseorang yang kau sayang itu survive, kalau dia nak mati, dia mati. Tapi biarlah mati dalam kebaikan. Aku termkan benda ni "Happy Death Day." Ini tajuk album nombor tiga aku nanti kalau aku sempat siapkan.

5. Acceptance

Walau apa pun teori yang dikeluarkan, walau bermacam cerita yang keluar, satu benda yang kena accept adalah kapal terbang tu dah terhempas. Kena hijacked, malfunction, kebakaran, itu semua spekulasi lagi setakat ni. Tapi kapal terbang tu dah terhempas....Batch sekolah aku ada 113 semua. Sekarang dah tinggal 111. Rambut sorang2 makin beruban. Ada jugak yang dah start kena gout. Dah kena darah tinggi. Mati. Semua orang akan mati. Bila2 boleh mati bang. Kau nak pegi pusat spa nak mintak urut konek pun kau boleh mati bang. Hina bang mati camtu.

Tuhan takkan uji kau dengan benda yang kau tak mampu tahan. Dia fair bai!

Jadi, bermurunglah untuk seketika. Kemudian teruskan hidup anda semua. Jangan risau. Hidup anda tak berakhir. Anda akan bangkit. Manusia dicipta cukup sempurna untuk adapt benda2 camni. Sebelum anda teruskan semula hidup anda, baca lah pasal kasihnya Allah kepada mereka2 yang meninggal dalam kemalangan ni. Mereka, adalah insan-insan yang terpilih.

Al-Fatihah. Sedekahkan la jugak Al-Fatihah kepada mereka2 yang bertungkus lumus bekerja mencari flight MH370. Terima kasih atas pengorbanan anda.

aku yang masih xpercaya


akuLeya

venue : family gathering

at last!! aku decide http://umangumangchalet.blogspot.com/ as venue untuk "Our Gathering Day 2014" ... hmmm tempat yang aku suka... nampak ekslusif, elegan (hahahahh... excited ni kau! ) hmmm harap peserta2 event untuk tahun ini akn suka dgn pra-persiapan yang aku da buat nih!... setakat ni nmpk semua puas hati...

biaupun event tu aku setkan datenya hujung tahun,... tp gase2nya xlama tu.. pejam celik jerp da smpai masanya.. :) ..

umangumangresort!!!!tunggu kami datang
well setakat ni peserta da seramai lebih kurang 32 org.. aku yakin akan terus bertambah... sbb para jemputan ada lagi yg belum buat pengesahan.. :)

well... kenangan last time punyer family day bermain di ingatan... bestnya!!!!

hmmmmm... nmpk kemas,cantik,menarik... da bomb jerp!!!


cantekkkk nmpk teratur!!

comeyyy lorhhh



xsabar nk tgk sunset!!!




aku the writer
akuLeya


akhirnya #MH370

sesuatu yang sangat sedih untuk diterima... lepas ke segala laut dicari... akhirnya Dato' Sri Najib mngesahkan pengakhiran kepada #MH370 adalah di lautan hindi...

tidak dpt diterima akal.. selagi xd bukti tambahan selain dari sekadar kira2 semata ini.. aku masih mengandaikan yg #MH370 where somewhere... semoga dilindungi Allah selalu.. (kecuali nnt da dijumpai kotak hitam sbg bukti) ...  masih menunggu keajaibannya... aku masih percaya pada Qada dan Qadar.. dan aku masih percaya pada segala kemungkinan yg akan berlaku hanya Allah Yang Maha Berkuasa... hanya Dia yang tahu segalanya...

semoga tiada satu apapun yang disembunyikan oleh KERAJAAN MALAYSIA hendaknya... andai ada yg terhijab dimata kami Ya Allah... maka jelaskan lah .. kami hanya hambaMu yang sgt lemah.. dan sentiasa mengharapkan sesuatu keajaiban dariMu..... seandainya betul bagai ditelah.. Kau rahmati lah roh semua Umat Islam yang berada dalam penerbangan tersebut... andainya sebenarnya mereka semua belum kembali padaMu Ya Allah... kembalikan lah mereka kepangkuan keluarga mereka.... hanya padaMu kami berserah dan kami memohon... Aaaamiiiin

*kenangkan... apa yg diorg alami... huhuhu sgt perit!! in sha Allah aku yakin kami rakyat Malaysia masih menunggu kepulangan #MH370

aku the writer
akuLeya

Sabtu, 22 Mac 2014

~ Truly Love ~: Petua Hilangkan Kepedasan Cili

~ Truly Love ~: Petua Hilangkan Kepedasan Cili: Sumber: google images Kisah cili lagi aku kongsikan... sebabnya semalam aku buat ayam goreng cili padi... haha.. memang berasap telin...

Jumaat, 21 Mac 2014

MH370# dan misterinya

terlalu banyak yang aku dengar pasal #MH370....
terlalu banyak spekulasi yang aku dengar...
terlalu banyak berita yang aku dah baca...
terlalu banyak misteri yang aku cuba untuk ungkai...
terlalu banyak kaedah dah dipergunakan untuk mencari #MH370...

namun dalam segala TERLALU itu... ada SATU TERLALU yang lebih BERKUASA...

hanya padaMu aku mohon Ya ALLAH... tunjukkan kekuasaanMu dalam peristiwa malang #MH370..
kerana aku yakin hanya KAU yang MAHA MNGETAHUI kejadian sebenar disebalik hilangnya #MH370....

Aku yakin.. ada sesuatu yang diRancangkan... oleh mereka2 yang berkenaan.. apakah sebab musababnya... mungkin mereka je yang tahu.. namun aku yakin... PERANCANGAN ALLAH LEBIH BAIK DARI ITU...  .....    :) ,,, AAMMIIIN... SEMOGA SEMUA ANAK KAPAL DAN PENUMPANG #MH370 AKAN KEMBALI KEPANGKUAN KELUARGA DENGAN SELAMATNYA.... IN SHA ALLAH.... 

KUN FAYA KUN.....
ALLAH MAHA SEGALANYA....


aku the writer,
akuLeya

LAGIKKK PREPARATION UNTUK FAMILY GATHERING...

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH... AKHIRNYA DA ADA ADIK BERADIK.. SEPUPU SPARE PART YG MEMBERI PERSETUJUAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM FAMILY GATHERING YANG AKU TGH ORGANIZE KAN NI... HMMMM.....

AKU MACAM KELMARIN... MASIH MENERUSKAN MISI MENGANALISIS SEBUTHARGA2 YANG ADA 2-3 RESORT DLM TGN SKANG NI... ANALISIS DILAKUKAN SUPAYA KAMI DAPAT PENJIMATAN LEBIH UNTUK WANG KAMI... HAHAHAHAHAH.......

WELL AGAK MENCABAR JUGAK TUGAS AKU SEHARI DUA NI... MAKLUM JE.. PERANGAI SORG2 DLM TEAM YG BAKAL SERTAI PROGRAM AKU NI PUN AKU DA MASAK SEMUANYA... MAKANYA ... MMG BYK HAL NK PK... SEBOLEHNYA NK HAPPYKAN SEMUA YG MNYERTAINYA... :) ..........

ITULA KAN... NAK HAPPY... BERGEMBIRA... BEREHAT... TP EKONOMI... TETAP KENA JAGA... WANG YG NAK KELUAR TU NNT MESTI KN MINIMIZEKAN... :)

AKU THE WRITER
akuLeya

Rabu, 19 Mac 2014

persiapan.. untuk family gathering... 2014

assalamualaikum...

Ya,.. lamanya xupdate kan?? hikhikhik,... aku tahu korunk xrindukan aku pun.. but today aku nak share..apa yang buat aku xberblogging 2-3 hr ni.. hihihih... pertama: sibuk.. kije pejabat agak byk.. kedua:aku sedang meng"arrange"kan satu majlis yg dah pun sblm ni aku organizekan.. iaitu family gathering...

kalau last 2 years aku pilih Jeram Gading Resort... tahun ni.. aku dah didatangi oleh pelbagai pilihan tempat... hihihi... mula2 aku pilih Agrotek Resort kat Hulu Langat... pastu nampak plak A'Famosa Resort.... pastu tibe2 teringat Pulau Pangkor.... hahahahaha (besau tul napsu kan??) pastu plak aku dicadangkan pilih Felda Residence Tanjung Leman... uwah... cantek2.... hahahahah hadoiii last2 yg setakat kul 4 tadi plak.. aku terjumpa plak Desa Balqis Resort yang ala2 kawasan kampung.. berdekatan dengan Pantai Linggi... hmmmm (korunk rasa pencarian aku ni dah berakhir ke tidak??) hahahah jawapan tepat mmg aku masih mencari... mencari yang murah,mencari yang best,..!! yang penting semua tempat ada BBQ Dinner... hahahaah sbb favourite family member aku ni.. semuanya kaki BBQ...

Well itu je la aku nak share ngan korunk (diary aku) pening lagik nih.. aku akn keep surfing... hahahh mood da xsabar nk cr lg mana ada tempat yg lbih best nih...

till then, aku the writer,
akuleya

Isnin, 17 Mac 2014

MH370 persoalan utama dibenakku!

aku kepeningan dengan pelbagai spekulasi tentang MH 370 ... apakah yang tersembunyi disebalik kejadian ini??? siapakah dalangnya?? apakah kebolehan dan kecanggihan pihak yang merampas sgt jauh tinggi taraf pemikirannya daripada taraf pemikiran rakyat kita?????? segalanya menjadi persoalan>> mana Agong yg diberi kuasa.... ?? mana kuasa raja-raja melayu??

akhirnya aku terus peninggggg

akuLeya

Sabtu, 15 Mac 2014

misi kuruskan badan bermula..... ;)


Assalamualaikum..... rini aku nak share pic aku mula sesi berjogging pg td... hahahahah (bukan menunjuk.. just nk share ngn korunk) kalo korunk tinggal near by Port Dickson ni... buleh la dtg cni... guna kemudahan yang disediakan khas tu warga Port Dickson nih.... :) ... seronok kuar peluh... rasa ringan ckit badan./.. wlau akhirnya.. agak2 sakit gak badan... maklum la... da lama x execise sbb mmg hobby aku simpan lemak... hahahahahhaha.... jd.... jom kita singkirkan lemak2 yg dah tepu ni...

harap buleh la jadik rutin plak pas ni..... joging nih////

 misi bermula.... Herp2x meh kiter pakat bg semangat kat momy yg nak kurus nih.. (tp momy xder dlm pix tu yerp.. hihihi)

ada gegaran pada pix nih... abaikan jerp
:)

makhluk Allah yang cantikk

Herp3..... meh kiter make it 2 round///

ni nak amik pic laut yg kitorg nampak dr atas bukit di Taman Komuniti Port Dickson ni sebenarnya..... :) ... ada motif yerp... wlaupun ada gegaran ckit disitu....

hah!! nin antara kemudahan yang disediakan....... Jom bersenam untuk kesihtan kiter

Indahnya pagi di Port Dickson, wlaupun ada sedikit jerebu....

Kami... (tp momy tukang amek gambar yerp!!! )

TAMAN KOMUNITI PORT DICKSON

Momy!!!! hahahha berani tunjuk kaki jerpppp

kemudahan dah disediakan,.... cantik... nyaman... meh kiter pergunakan!!!

cantik kan?????

lagi kemudahan bersenam yang disediakan.... "Goyangkan Pinggul.... :) "

Last ni... diet2 jugak.. tp sarapan mesti kena amekkkk... ni BFF aku dari zaman sekolah menengah rendah dulu da meniaga wat kuih plak... sebagai memberi semangat tuk sahabat aku tu... makanya aku bli la kuih2 ni tuk bekpes kami sekuarga.... :)

sharing by Aku
akuLeya

Posted via Blogaway

Jumaat, 14 Mac 2014

mekah-tamadun islam-kemewahan& apakah sebenarnya???

Artikel yg aku jumpa menggamit hati dan fikiran untuk berfikir

Konsep Baru Mekah
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!
Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya niche blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur.
Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!
Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.
meccastarbucks
Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida’ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.
Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida’ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.
Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!
Persoalan ini membawa kepada soalan seterusnya, iaitu, “Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud”
PERSOALAN DEMI PERSOALAN
Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar “Penjaga Dua Masjid Utama”.
Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?
Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!
Mecca-22121
Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?
Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli 2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.
royalclock-tower
Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.
Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana “bida’ah” dan di atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan ‘HARAM’ Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.
dsddwdwdmcdonal
Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.
Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.
Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!
Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.
Masjidil Haram 2020: Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?!
Masjidil Haram 2020: Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?!
Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).
Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.
*Bagi yang tidak keberatan untuk kongsi pengetahuan ini bersama orang lain, sila SHARE post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
- TKO

BOMOH #MH370 >>> memalukan rakyat MALAYSIA

betapa memalukan negara bila ada bomoh2 yang menampilkan diri.. (katanya atas arahan pihak atasan) kononnya,,, boleh tolong tilik.. kat mana duduknya pesawat #MH370 tu.... apa daaaaaaaaaa??? 

Org nak semayang hajat kn bg warning... bomoh yang wat lawak bodoh tu dilepaskan plak.... kerajaan malaysia???? apa ni???? apa masalah ni.. dlm hal2 gni pun xleh nk setel


Media Arabic. Terjemahan tajuk ; Sihir, usaha terakhir rakyat Malaysia untuk selesaikan misteri kehilangan kapal terbang.

Bikin malu satu dunia.

Buat bukan islam,perkara yg dibuat bomoh ini bukan mengikut ajaran islam. 
Ambik buluh runcing.. rodok kat perut baru tau!!!!
xsangka ada lagi org yg kuno di zaman teknologi nih... grrrrrr.... sakit jer hati aku  bila terkenangkan insiden yang menjatuhkan maruah negara tuh!!!!!! kesialan... 

aku the writer yang da bengang ngan insiden nih
akuLeya

Khamis, 13 Mac 2014

jerebu portdickson 13/4/14....

jerebu oh jerebu

Posted via Blogaway

#MH370 berita yg dipetik untuk pagi ini....

Surat dari Presiden PAS kepada PM

‪#‎PrayForMH370‬

Assalamualaykum warahmatullah wabarakatuh

Malaysian Airlines (MAS) dan YAB Datuk Seri Najib Razak.

Malaysia bagaikan jatuh ditimpa tangga. Dua bulan lalu, beberapa negeri dilanda banjir teruk. Dua minggu lalu, Sabah pula diserang banjir sedangkan kemarau, kebakaran, dan jerebu di Semenanjung masih belum berakhir. Kini, kita semua diuji dengan tragedi maha mendukacitakan semua pihak, pesawat mega milik penerbangan kebanggan kita, Malaysia Airlines MH370 hilang tiba-tiba. Peristiwa ini hanya beberapa minggu selepas MAS diumumkan rugi sejumlah bilion ringgit. Ia mengundang sedih dan duka kepada ribuan waris mangsa bahkan seluruh rakyat Malaysia. Bahkan mungkin, seluruh umat dunia sedang meratapi peristiwa malang ini.

YAB Datuk Seri dan MAS yang sangat saya kasih dan cinta.

Saat musibah pastinya tidak kita sukai. Namun musibah dan ujian pasti akan tiba. Kita pasti sedang bingung mencari jalan keluar. Setelah segala aset dan usaha dikerah, buntu masih menjadi penyudah. Klu-klu hanya tinggal klu. Lidah kita juga semakin kelu.

Di dalam Islam, ada jalan keluarnya tatkala buntu melitupi.

Hadis Riwayat Imam Muslim ada menceritakan tentang tiga orang yang terperangkap di dalam gua batu. Mereka tidak ada upaya untuk keluar melainkan dengan kudrat dan izin yang Allah Maha Kuasa. Mereka bertiga akhirnya bertawaasul dengan amal kebaikan masing-masing. Individu pertama dengan amal baik kepada ibu bapanya. Individu kedua dengan imannya meninggalkan zina ketika sekujur tubuh jelita terhidang indah. Individu ketiga dengan amanahnya terhadap hak orang lain. Pintu gua akhirnya terbuka, dan mereka berjaya keluar dari buntu.

MAS dan Datuk Seri, saya yakin, tidak sedikit amal baik yang telah dilakukan oleh YAB Datuk Seri dan MAS. Di samping usaha mencari, menjejak dan menyelamat, memohon doa dan solat hajat, bertawasullah dengan amal-amal itu.

Seterusnya, saya dengan rendah hati, memohon jasa baik MAS dan Datuk Seri selaku ketua kerajaan dan ketua eksekutif Malaysia agar melakukan nazar untuk berhasrat agar MAS tidak lagi menghidangkan minuman keras serta tidak lagi menghalang bahkan menggalakkan kakitangan dan krew kabin agar menutup aurat. Saya yakin, dengan tekad ini, belas ihsan Allah S.W.T mudah menyantuni kita dan memudahkan urusan kita. Orang awam juga boleh turut melakukan nazar dan berpuasa agar tragedi ini berakhir dengan baik. Semoga kerugian dan defisit tidak lagi menghantui MAS dengan berkat dan rahmat Allah.

Satu hadis lain yang sangat inspiratif menceritakan tentang perihal Ummu Salamah yang sedang berduka dan kematian suaminya yang tercinta.

Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam datang kepadanya dan mengurniakan seuntai doa yang berbunyi : ( ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺃﹶﺟﹻﺮْﻧِﻲ ﻣِﻦ ﻣُﺼِﻴﺒَﺘِﻲ ﻭَﺧﹿُﻔﹿﻨِﻲ ﺧﹷﻴﺮََﺍ ﻣِﻨﻬﺎ )

Ya Allah, ganjarkan kami (pahala) dengan musibah in dan gantikanlah kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik darinya.

Ummu Salamah seakan tidak meyakini doa tersebut lantaran Abu Salamah adalah seorang yang sangat baik. Pasti tidak ada pengganti sebaik arwah. Manakala dirinya juga sudah semakin berumur bahkan janda, makapastinya tidak ada lelaki kacak yang baik akan terpikat dengannya. Namun, berkat doa tersebut, Allah memperkenankan doaUmmu Salamah. Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam meminang Ummu Salmah dan mengahwininya. Siapa yang lebih baik dari Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam?

Semoga musibah ini diganti Allah dengan sesuatu yang lebih baik untuk Malaysia dan dunia.

Semoga hati yang sedang berduka kini ditenangkan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Semoga isi warkah ini ada manfaatnya kepada kita semua.

Salam Kedamaian.

Dato' Seri Presiden


sumber :https://www.facebook.com/DrAmirulAmin/posts/723212587699754




#aku sangat yakin ini jugak adalah salah satu jalan@cara yg boleh digunakan untuk mencari redha Allah///// peace no war#

jerebu terus mengganazzzx


suasana di sekitar berhampiran pasaraya giant lukut menghala ke port dickson.... jerebu dimana.... sesak napassd... huhuhuh


kelam jerp pemandangan.. ini pun aku xdpt nk take pix tepi laut.. sbb tgh drive and kereta banyak..kalo x korang boleh tgk.. sayunya hati tgk kaki langit + pandangan laut yg kabur... huhu :(


YaAllah kurniakan lah hujan yang bermanfaat utk kami.... aaamiiin... ank aku ke sekolah pun aku bekalkan face mask and in haler... dia semput...asthma... jd kn la beringat2...huhuhu... smpaikan aku hanya bagi dia g skolah pagi je.. kelas KAFA aku terpaksa pontengkan.. xnk dia duk kat luar sana lama2 sgt... ;( .. sekolah anak aku tu lg terasa bahang panas... padahal aku drop by amik diorg sekolah jer... huhuhu


dari aku
akuLeya
Posted via Blogaway


Rabu, 12 Mac 2014

lagi berita lawak yg aku dgr pasal #MH370

Port Dickson: Satu objek dipercayai rakit getah keselamatan kapal terbang dengan tulisan 'boarding' ditemui sekumpulan empat nelayan kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, semalam.
Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dipercayai dapat memberi petunjuk dalam usaha pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan sejak awal Sabtu lalu. 

Katanya, dia bersama tiga rakan yang mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media, tertarik untuk melihat objek itu dengan lebih dekat.
Foto

"Saya dan rakan sedaya upaya cuba mengambil objek itu dan berjaya sebelum menambatnya pada bot kerana bimbang ia tenggelam dalam laut.

"Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya, ketika dihubungi semalam. 
Azman yang sudah 20 tahun menjadi nelayan berkata, mereka keluar menangkap ikan pada jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam. 

"Sebaik menemui objek itu, saya terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat. 

"Saya yakin penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan ‘boarding’ pada permukaan objek itu. 

"Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut," katanya. 

Katanya, sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung kerja menangkap ikan. 

Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu. 

Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/12
APA YANG AKU NAK SHARE DISINI ADALAH.... BETAPA NELAYAN TU LEBIH PANDAI DR APMM... BOLEH IKAT KE BOT "BARANG YANG DIJUMPA... TP SMPAI KAT TGN PIHAK AAPM... SUDDENLY BOLEH JATUH DAN TENGGELAM..... SEBELUM NI ELOK LAK TIMBUL DIPERMUKAAN KAN???? APA LAH YG KERAJAAN NI NAK BUAT SEBENARNYA??? SOROK MAKLUMAT???? :)akuLeya 

lagi lawak dalam misi mencari #MH370 ... lebih xpahammm!!!!!

Update MH370

Panglima Tentera Udara, Tan Sri Rodzali Daud menafikan radar pihak tentera ada merekod pesawat yang berpatah balik dan terbang di sekitar Selat Melaka.

‪#‎prayformh370‬



OH MY apakah ini??? kerajaan tgh sorok apa sekarang ni???? :'(

akuLeya

DRAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA & MAS... oh!! peninggggg

KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat Boeing 777 MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) tambah mengelirukan dengan jumlah sebenar penumpang yang tidak menaiki penerbangan berkenaan.

Pada awalnya, pihak MAS membuat kenyataan bahawa terdapat lima beg dikeluarkan dari pesawat MH370 kerana tidak diketahui siapa pemiliknya.

Disebabkan kenyataan tersebut, ramai tertanya-tanya adakah lima beg yang dibawa keluar membawa maksud lima penumpang tidak menaiki pesawat MH370.

Yang diketahui cuma seorang penumpang tidak menaiki pesawat iaitu pelajar Universiti Tsinghua di Beijing,Jessica Yee Wai Chingkerana tersilap tarikh.

Hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, hari yang sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan hasil siasatan yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kesemua penumpang menaiki pesawat.

"Saya, kami (PDRM) sendiri yang membuat siasatan dan tidak ada penumpang yang tidak menaiki pesawat itu," katanya pada sidang media yang diadakan di Hotel Sama-Sama, Sepang, hari ini.

Lebih kurang dua jam selepas Khalid membuat kenyataan tersebut, MAS mengeluarkan kenyataan hanya empat penumpang yang mempunyai tiket sah tidak muncul untuk daftar masuk.

Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu dilaporkan hilang dari radar kira-kira pukul 2.40 pagi.

sharing by aku

akuLeya

terbaru.... :)

abh...

Akhirnya pas dr minggu ke seminggu... plan nk blik kg terlaksana... wlau gerak dr bangi dah menjelang 5ptg... smpai kg ...