Khamis, 27 Februari 2014

√ kawan

kawan atau saudara...utk bergelak ketawa... bersukaria.... mudah sgt diperolehi... tapi... bila datang pada time kesusahan kita... sgt tipis kemungkinan utk mereka terus bersama kita...


Posted via Blogaway

Disleksia.... OH! ... anakku.. :(

disleksia bukan penyakit, hanya gangguan pembelajaran.

Menurut Pakar Terapi Pertuturan Kanan, Jabatan Fizikal dan Pemulihan Perubatan Pusat Perubatan Prince Court, Linda Blankanette, disleksia bukannya penyakit, tetapi ia salah satu gangguan pembelajaran yang biasanya dialami kanak-kanak. 

Lazimnya ia membabitkan masalah seperti membaca, menulis, mengeja dan mengira. Secara umum, 10 peratus populasi di seluruh dunia ada masalah disleksia dan mungkin angka itu lebih tinggi kerana ada sesetengah kes yang tidak dikesan.

“Disleksia merujuk kepada individu yang menghadapi masalah membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

“Ia tidak dikaitkan dengan masalah komunikasi atau kecacatan lain dan ibu bapa sukar melihat kekurangan anak mereka yang berusia di bawah tujuh tahun. Malah, ada sesetengahnya kadangkala tidak sedar mereka ada disleksia sehinggalah meningkat dewasa,” ujarnya.

Namun, jangan terkejut sebenarnya penghidap disleksia ini mempunyai tahap kecerdasan intelektual (IQ) normal atau lebih tinggi daripada kanak-kanak biasa.


Ciri-ciri disleksia

Biasanya, kanak-kanak yang menghadapi disleksia akan menunjukkan ciri-ciri seperti tidak fokus dalam pembelajaran atau perkara yang dilakukan, banyak mengelamun dan tidak dapat menyiapkan kerja sekolah dengan baik.

Selain itu, mereka juga menunjukkan gejala lambat bercakap, sukar memahami dan sesetengah huruf ditulis secara terbalik yang menjadi kombinasi kepada masalah dis­leksia.

Ada juga yang sukar untuk menonjolkan diri ketika berada di dalam kelas.

Ibu bapa perlu tahu setiap penghidap masalah disleksia itu berbeza sesama mereka yang mempunyai kelemahan masing-masing.

Justeru, apabila ibu bapa melihat anak ada masalah seperti itu apatah lagi usianya sudah melebihi tujuh tahun, dapatkan rawatan segera dan berjumpa dengan pakar.

“Jika dibiarkan, ia akan memudaratkan si anak misalnya mereka mungkin mudah terbabit dengan masalah juvenil. Mengikut kajian, 40 hingga 50 peratus pesalah juvenil dikaitkan dengan penghidap disleksia.

“Apabila kita tidak peka dengan masalah yang dihadapi, ini akan membuatkan mereka rasa rendah diri, sekali gus boleh bertukar kepada masalah sikap pula,” katanya.

Ibu bapa tidak perlu menyisihkan anak yang mempunyai masalah itu kerana mereka sebenarnya boleh dibantu. Jangan panik tetapi ibu bapa perlu rajin membuat pemerhatian dan mencari maklumat sebanyak mungkin mengenai disleksia.

Sokongan kuat daripada ibu bapa, keluarga, guru dan rakan sememangnya penting bagi mengelakkan rasa rendah diri yang akhirnya menggalakkan masalah emosi.

Cuba lihat kekuatan yang ada pada mereka dan berilah sokongan melalui kelebihan yang dianugerahkan.

“Penghidap disleksia mempunyai kelebihan mereka sendiri. Untuk mengetahuinya, ibu bapa seharusnya menyelidik dengan duduk berbual atau tanya perkara yang disukai.

“Ambil masa untuk merapatkan diri dengan anak di samping melihat bakat mereka supaya boleh dikembangkan sekali gus memberi masa depan lebih cerah,” katanya.

Ibu bapa perlu berbincang dengan anak dan jika ingin tahu kelebihan pada dirinya, boleh cuba menggunakan gambar jika mereka mempunyai masalah untuk memahami perkataan.

Selain itu, ajak anak melihat huruf bermula ‘a’ hingga ‘z’ dan ketahui masalah yang dialami mereka bagi memudahkan ibu bapa membantu anak menyelesaikannya dengan cara berkesan.

Jika membabitkan bacaan, cuba gunakan warna dakwat berbeza bagi menunjukkan suku kata atau huruf berlainan bagi mengurangkan kekeliruan, sekali gus dapat membantu mereka membaca dengan baik.

Jika ibu bapa masih keliru dengan masalah disleksia, cuba dapatkan nasihat dan pandangan daripada pakar untuk membantu anak supaya boleh berdikari dan berjaya.

Perlu diingat, ibu bapa harus kreatif dan banyak bersabar untuk mendidik anak yang mempunyai masalah disleksia.

Masalah berkenaan mungkin tidak dapat dikesan oleh ibu bapa yang bekerja apatah lagi jika anak dijaga oleh orang gaji atau pusat penjagaan kanak-kanak. Justeru, ibu bapa perlu sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan anak dengan bertanya kepada orang gaji atau penjaga pusat penjagaan itu selain guru bagi mengenal pasti keadaan sebenar mereka.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/18
sharing maklumat yang aku perolehi selepas aku cuba menggogggle tentang disleksia nih.. akuLeya :(

dia penghidap disleksia ... :(

huhhhu... sedih aku pikirkn... aku baru je dpt tau simptom2 yang ada kat ank bujang aku tu adalah penyakit "disleksia" .... kesian payin... huhuh... yerp... actually mmg aku da terperasan sejak diberusia 5 fahun .. aku terperasan bila aku buat observation... antara dia dan kakak2nya... aku rasa mcm dia agak slow... dan mambaca pon xcekap... selalunya masa kakak2nya dulu... umur 5 tahun aku hantar tadika.. bulan ke2 saja dah tros buleh membaca  .... huhhhu... bila aku ajukan kpd mrhubby... katanya budak lelaki... mmg lambat ckit... even katanya dia sdr pon slow dulu... (ayat penyedap hati semata2 aku rasa...) huhuhu... sabar lagi... smpai lah bila aku perasan dia selalu tertukar huruf.. B tertukar dengan D... nak2 kalau part capital letter... :( ... dan akhirnya bila dia darjah 2 baru lah dia dapat membaca dgn lbih lancar... skarang ni permasalahan plak berkaitan nombor...  dia kira sgt perfect dah jawapan yg keluar tu adalah 43... tp jwpan yang dia tulis atas kertas adalah 34... sedihnya.. ada kecelaruan nombor dan huruf dalam otak ank aku yang sorg ni... huhuhu...
sampai hari ni aku blum dapat cara mcmana nk solve masalah ni... apa aku patut buat..?? skrg dia sudh darjah 3... aku mesti cari jalan. . ada jugak dia mengadu cikgu marah2 dia kat sekolah... bila dia salah tulis.. tak paham apa cikgu ajar... tp aku mmg xsalahkan cikgu... aku akn jumpa dgn guru kelas dia utk mengatasi hal ini... aku xboleh tunggu lagi... apapun aku bersyukur di sudut tanpa penulisan ... ada byk peningkatan dah... just part penulisan... masih ada huruf yang terbalik... nombor yang salah tempat duduk... :( .... akan aku usahakan sesuatu.... !! pasti ada penyelesaian untuk setiap permasalahan....

Posted via Blogaway

aku

alhamdulillah... Allah izinkan aku untuk terus berada dimuka bumi ini...
meneruskan hidup yang aku sndiri xtau bila akan berakhir... meneruskan pekerjaan harian yang entah bile ada noktahnya.... meneruskan kesinambungan hidup sebagai manusia dimuka bumi ini..

terima kasih Allah atas segala kurniaanMu yang terhebat... yang xterjangkau dek akal fikiranku... aku bahagia dengan hidupku... Alhamdulillah atas segala2nya....

memiliki suami yang prihatin.. penyayang... anak3 yang keletahnya pelbagai...ada yg menghiburkan... ada yg mrnaikkan amarah... namun, aku sgt bsyukur kerana aku ada mereka...
ujian xdpt jauh dari hidup aku... namun itu adalah perkara biasa... bukti kekuatan skill menangani permasaalahan... bila kita berjaya laluinya....

org sekeliling?? aku hanya akn mngambil tahu mereka yg ingin dekat dgn aku sahaja... yg nak menjauhkan diri... silakan....  xrugi pun .... ;)


Posted via Blogaway

terbaru.... :)

abh...

Akhirnya pas dr minggu ke seminggu... plan nk blik kg terlaksana... wlau gerak dr bangi dah menjelang 5ptg... smpai kg ...