Rabu, 12 Mac 2014

lagi berita lawak yg aku dgr pasal #MH370

Port Dickson: Satu objek dipercayai rakit getah keselamatan kapal terbang dengan tulisan 'boarding' ditemui sekumpulan empat nelayan kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, semalam.
Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dipercayai dapat memberi petunjuk dalam usaha pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan sejak awal Sabtu lalu. 

Katanya, dia bersama tiga rakan yang mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media, tertarik untuk melihat objek itu dengan lebih dekat.
Foto

"Saya dan rakan sedaya upaya cuba mengambil objek itu dan berjaya sebelum menambatnya pada bot kerana bimbang ia tenggelam dalam laut.

"Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya, ketika dihubungi semalam. 
Azman yang sudah 20 tahun menjadi nelayan berkata, mereka keluar menangkap ikan pada jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam. 

"Sebaik menemui objek itu, saya terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat. 

"Saya yakin penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan ‘boarding’ pada permukaan objek itu. 

"Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut," katanya. 

Katanya, sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung kerja menangkap ikan. 

Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu. 

Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/12
APA YANG AKU NAK SHARE DISINI ADALAH.... BETAPA NELAYAN TU LEBIH PANDAI DR APMM... BOLEH IKAT KE BOT "BARANG YANG DIJUMPA... TP SMPAI KAT TGN PIHAK AAPM... SUDDENLY BOLEH JATUH DAN TENGGELAM..... SEBELUM NI ELOK LAK TIMBUL DIPERMUKAAN KAN???? APA LAH YG KERAJAAN NI NAK BUAT SEBENARNYA??? SOROK MAKLUMAT???? :)akuLeya 

lagi lawak dalam misi mencari #MH370 ... lebih xpahammm!!!!!

Update MH370

Panglima Tentera Udara, Tan Sri Rodzali Daud menafikan radar pihak tentera ada merekod pesawat yang berpatah balik dan terbang di sekitar Selat Melaka.

‪#‎prayformh370‬



OH MY apakah ini??? kerajaan tgh sorok apa sekarang ni???? :'(

akuLeya

DRAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA & MAS... oh!! peninggggg

KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat Boeing 777 MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) tambah mengelirukan dengan jumlah sebenar penumpang yang tidak menaiki penerbangan berkenaan.

Pada awalnya, pihak MAS membuat kenyataan bahawa terdapat lima beg dikeluarkan dari pesawat MH370 kerana tidak diketahui siapa pemiliknya.

Disebabkan kenyataan tersebut, ramai tertanya-tanya adakah lima beg yang dibawa keluar membawa maksud lima penumpang tidak menaiki pesawat MH370.

Yang diketahui cuma seorang penumpang tidak menaiki pesawat iaitu pelajar Universiti Tsinghua di Beijing,Jessica Yee Wai Chingkerana tersilap tarikh.

Hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, hari yang sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan hasil siasatan yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kesemua penumpang menaiki pesawat.

"Saya, kami (PDRM) sendiri yang membuat siasatan dan tidak ada penumpang yang tidak menaiki pesawat itu," katanya pada sidang media yang diadakan di Hotel Sama-Sama, Sepang, hari ini.

Lebih kurang dua jam selepas Khalid membuat kenyataan tersebut, MAS mengeluarkan kenyataan hanya empat penumpang yang mempunyai tiket sah tidak muncul untuk daftar masuk.

Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu dilaporkan hilang dari radar kira-kira pukul 2.40 pagi.

sharing by aku

akuLeya

lagi lagi #MH370

aku percaya ada konspirasi dalam kes kehilangan pesawat MAS #MH370... tetapi apakah???

entahlah nak type kat sini pun macam malas.. mood aku masih lagi mengarut duk pikir apa sebenarnya dah kadi dengan #MH370?? kenapa banyak benda yang x boleh dideclarekan oleh kerajaan...?? kenapa ada sesetengah statement yg sebelum ni dah dikeluarkan.. ditarik balik...?? apakah ini??? sangat sedih..??

Apapun semoga Allah tunjukkan apakah yang terselindung.. ?? apakah hikmah yang ada disebalik kejadian yang menyedihkan ini.. :( ... rasanya sudah sangat berbelit2 dalam kes ni...


Banyak perkara yang menjadi Misteri dan belum terungkap..
Doakan semuanya selamat.. KENAPA???

1. Dua Photo yang di war2kan dikatakan bukan image sebenar 2 pemegang Passport yg dicuri. Kalau bukan .. Kenapa dan siapah yang sebenarnya???
2. Kenapa Kapal terbang berpatah balik atau kemana sebenarnya???

3. Laporan nelayan mengatakan Pesawat terbang rendah tetapi tiada bunyi letupan atau dentuman sekiranya terhempas... So.. Kenapa terbang rendah??? kenapa juruterbang tidak membuat laporan kepada pusat sekiranya berlaku kecemasan???
4. Kenapa Telefon bimbit penumpang tidak terjawab bila salah seorang ahli keluarga membuat panggilan.. Siapa yang pegang telefon bimbit penumpang??? Kalau terhempas pasti isyarat dan telefon bimbit tidak dapat dihubungi..
5. Ada juga keluarga magsa mengatakan akaun QQ masih lagi online tapi tidak mengupdate status... kenapa??
6. Apa yang pasti batery handset akan bertahan dlm 24-60 jam..
7. Apakah kesan minyak yang dijumpai dan mempunyai kesan yang panjang adalah kesan untuk mengisi Minyak diatas udara...???
8. Kalau benar semua ini berlaku jawapannya PESAWAT Masih lagi berada diudara dan dikawal oleh sesetengah PIHAK .. apakah rundingan yang bakal berlaku dan apakah tujuannya..??
9. Sekiranya PESAWAT berada didaratan Dimanakah lokasinya..???
10. Misi pencarian seterusnya adalah Pulau Perak sedangkan Airport Kota Bharu lokasi paling dekat untuk LANDING... sekiranya berlaku kecemasan..

YaAllah rungkaikanlah apa yang bermain dibenak fikiran ini.. semoga semua jawapan akan diketahui.. Kami semua sentiasa berdoa dan mengharap keajaban dariMu.. Hanya Engkaulah yang Maha Berkuasa diatas setiap perkara yang berlaku...


INI ANTARA YANG AKU DAPAT DARI FB... tetapi... ini lah jugak.. apa yg bermain di fikiran aku.... :)

aku the writer,
akuLeya

terbaru.... :)

abh...

Akhirnya pas dr minggu ke seminggu... plan nk blik kg terlaksana... wlau gerak dr bangi dah menjelang 5ptg... smpai kg ...