Jumaat, 28 Februari 2014

kemarau...

kemarau dh melanda malaysia... pix tu aku amek ptg smlm.... nampak jelas asap menyelubungi lukut & port dickson...dgr kata ada hutan yang terbakar... bomba pon aku nmpak asek kulu kilir... hmmm ... Ya Allah... kurniakan lah hujan kepada kami.... aamiinn....
sesak napas... both husband & kid plak asthma... hmmm kritikal la bila musim2 cmni....  asek kn attack... bil api?? hmmmm bakal melonjak la bulan ni .. aircond hampir sepanjang masa... huhuhu... (x bukak aircond kang panehh...!) huhuhu


اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا مَرِيئًا نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ عَاجِلاً غَيْرَ آجِلٍ
(Alloohumma asqinaa ghoitsan, mughiitsan, marii-an, naafi'an ghiro dhoorrin, 'aajilan ghoiro aajilin)

Artinya :
Ya Allah, berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda
aaammiiiinn......

aku the writer,
akuLeya
Posted via Blogaway

mari ber "steamboat" :)

Salam,
Alhamdulillah.. akhirnya berjaya jua aku merealisasikan impian sorg ank buah yg termimpi nak makan steamboat.. ngeheheheh.. asalnya last 4 yrs la aku ada bawak dia g mkn kt Flaming steamboat restoren kat KL nun.. hihihih tu yg terkenang2 tu.. memandangkan kt Port Dickson ni kalau ada pon Chinese restaurant je yg idangkan steamboat nih.. (hmmm... was2 nak makan) makanya kami pon berkonvoi ke Seremban.. (tak la jauh mana.. about 20-25 minit dr PD pon/..hikhik..


sampai kat sana.. aku da tiupkan semangat kat diorg... Mission kiter adalah "makan Smpai da xboleh nak makan" hihihi,... perlu di balun sehabis2an yer.. hihihi harga makanan  RM23 per pax tuk dewasa.. n RM18 per pax tuk kanak-kanak.. kami pergi 2 keluarga.. 8dewasa.. 2 kanak-kanak.. hikhik.. (dapat bayang x macamana cara kami membalun makanan-makanan itu.. :) ) ... dengan udang,kambing,ayam, yang kami bakar,... dan ada lg macam2 pilihan yang kami boleh steamboatkan.. pelbagai variasi lah ni tau konsepnya...


hmmm dalam makan smpai da larat nak mkn tu.. terasa jugak.. (mgkin sbb xbyk restoren steamboat melayu kat seremban).. so xada pesaing sgt lah kot.. sbbnya kualiti kesegaran makanan agak xterbela.. adala jugak terjumpa kepah dan kerangan yang dah berbau.. huhuhu.. tp xapa.. kita balun lain2 makanan yang ada... biau berbaloi dtg jauh2! (jauh ke?? ) bayar mahal2! (mahal ke?) hikhik..(kami menggunakan konsep tong-tong.. heheheh korunk tau ke konsep apa nih?? hahahaha)

Apapon kitorg tetap berplanning untuk gegar restoran steamboat yang kat KL tu.. dalam planning.. tunggu cousin aku ni pas deliver dulu.. ngehehehe... sememangnya moment bersama2 ngan fmily adalah sesuatu yang sgt istimewa dalam hidup kita.. :) .. hargai family kita sebaik mungkin... till next post... check it out ha!!!! :)


aku the writer,
akuLeya

Posted via Blogaway

Khamis, 27 Februari 2014

√ kawan

kawan atau saudara...utk bergelak ketawa... bersukaria.... mudah sgt diperolehi... tapi... bila datang pada time kesusahan kita... sgt tipis kemungkinan utk mereka terus bersama kita...


Posted via Blogaway

Disleksia.... OH! ... anakku.. :(

disleksia bukan penyakit, hanya gangguan pembelajaran.

Menurut Pakar Terapi Pertuturan Kanan, Jabatan Fizikal dan Pemulihan Perubatan Pusat Perubatan Prince Court, Linda Blankanette, disleksia bukannya penyakit, tetapi ia salah satu gangguan pembelajaran yang biasanya dialami kanak-kanak. 

Lazimnya ia membabitkan masalah seperti membaca, menulis, mengeja dan mengira. Secara umum, 10 peratus populasi di seluruh dunia ada masalah disleksia dan mungkin angka itu lebih tinggi kerana ada sesetengah kes yang tidak dikesan.

“Disleksia merujuk kepada individu yang menghadapi masalah membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

“Ia tidak dikaitkan dengan masalah komunikasi atau kecacatan lain dan ibu bapa sukar melihat kekurangan anak mereka yang berusia di bawah tujuh tahun. Malah, ada sesetengahnya kadangkala tidak sedar mereka ada disleksia sehinggalah meningkat dewasa,” ujarnya.

Namun, jangan terkejut sebenarnya penghidap disleksia ini mempunyai tahap kecerdasan intelektual (IQ) normal atau lebih tinggi daripada kanak-kanak biasa.


Ciri-ciri disleksia

Biasanya, kanak-kanak yang menghadapi disleksia akan menunjukkan ciri-ciri seperti tidak fokus dalam pembelajaran atau perkara yang dilakukan, banyak mengelamun dan tidak dapat menyiapkan kerja sekolah dengan baik.

Selain itu, mereka juga menunjukkan gejala lambat bercakap, sukar memahami dan sesetengah huruf ditulis secara terbalik yang menjadi kombinasi kepada masalah dis­leksia.

Ada juga yang sukar untuk menonjolkan diri ketika berada di dalam kelas.

Ibu bapa perlu tahu setiap penghidap masalah disleksia itu berbeza sesama mereka yang mempunyai kelemahan masing-masing.

Justeru, apabila ibu bapa melihat anak ada masalah seperti itu apatah lagi usianya sudah melebihi tujuh tahun, dapatkan rawatan segera dan berjumpa dengan pakar.

“Jika dibiarkan, ia akan memudaratkan si anak misalnya mereka mungkin mudah terbabit dengan masalah juvenil. Mengikut kajian, 40 hingga 50 peratus pesalah juvenil dikaitkan dengan penghidap disleksia.

“Apabila kita tidak peka dengan masalah yang dihadapi, ini akan membuatkan mereka rasa rendah diri, sekali gus boleh bertukar kepada masalah sikap pula,” katanya.

Ibu bapa tidak perlu menyisihkan anak yang mempunyai masalah itu kerana mereka sebenarnya boleh dibantu. Jangan panik tetapi ibu bapa perlu rajin membuat pemerhatian dan mencari maklumat sebanyak mungkin mengenai disleksia.

Sokongan kuat daripada ibu bapa, keluarga, guru dan rakan sememangnya penting bagi mengelakkan rasa rendah diri yang akhirnya menggalakkan masalah emosi.

Cuba lihat kekuatan yang ada pada mereka dan berilah sokongan melalui kelebihan yang dianugerahkan.

“Penghidap disleksia mempunyai kelebihan mereka sendiri. Untuk mengetahuinya, ibu bapa seharusnya menyelidik dengan duduk berbual atau tanya perkara yang disukai.

“Ambil masa untuk merapatkan diri dengan anak di samping melihat bakat mereka supaya boleh dikembangkan sekali gus memberi masa depan lebih cerah,” katanya.

Ibu bapa perlu berbincang dengan anak dan jika ingin tahu kelebihan pada dirinya, boleh cuba menggunakan gambar jika mereka mempunyai masalah untuk memahami perkataan.

Selain itu, ajak anak melihat huruf bermula ‘a’ hingga ‘z’ dan ketahui masalah yang dialami mereka bagi memudahkan ibu bapa membantu anak menyelesaikannya dengan cara berkesan.

Jika membabitkan bacaan, cuba gunakan warna dakwat berbeza bagi menunjukkan suku kata atau huruf berlainan bagi mengurangkan kekeliruan, sekali gus dapat membantu mereka membaca dengan baik.

Jika ibu bapa masih keliru dengan masalah disleksia, cuba dapatkan nasihat dan pandangan daripada pakar untuk membantu anak supaya boleh berdikari dan berjaya.

Perlu diingat, ibu bapa harus kreatif dan banyak bersabar untuk mendidik anak yang mempunyai masalah disleksia.

Masalah berkenaan mungkin tidak dapat dikesan oleh ibu bapa yang bekerja apatah lagi jika anak dijaga oleh orang gaji atau pusat penjagaan kanak-kanak. Justeru, ibu bapa perlu sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan anak dengan bertanya kepada orang gaji atau penjaga pusat penjagaan itu selain guru bagi mengenal pasti keadaan sebenar mereka.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/18
sharing maklumat yang aku perolehi selepas aku cuba menggogggle tentang disleksia nih.. akuLeya :(

dia penghidap disleksia ... :(

huhhhu... sedih aku pikirkn... aku baru je dpt tau simptom2 yang ada kat ank bujang aku tu adalah penyakit "disleksia" .... kesian payin... huhuh... yerp... actually mmg aku da terperasan sejak diberusia 5 fahun .. aku terperasan bila aku buat observation... antara dia dan kakak2nya... aku rasa mcm dia agak slow... dan mambaca pon xcekap... selalunya masa kakak2nya dulu... umur 5 tahun aku hantar tadika.. bulan ke2 saja dah tros buleh membaca  .... huhhhu... bila aku ajukan kpd mrhubby... katanya budak lelaki... mmg lambat ckit... even katanya dia sdr pon slow dulu... (ayat penyedap hati semata2 aku rasa...) huhuhu... sabar lagi... smpai lah bila aku perasan dia selalu tertukar huruf.. B tertukar dengan D... nak2 kalau part capital letter... :( ... dan akhirnya bila dia darjah 2 baru lah dia dapat membaca dgn lbih lancar... skarang ni permasalahan plak berkaitan nombor...  dia kira sgt perfect dah jawapan yg keluar tu adalah 43... tp jwpan yang dia tulis atas kertas adalah 34... sedihnya.. ada kecelaruan nombor dan huruf dalam otak ank aku yang sorg ni... huhuhu...
sampai hari ni aku blum dapat cara mcmana nk solve masalah ni... apa aku patut buat..?? skrg dia sudh darjah 3... aku mesti cari jalan. . ada jugak dia mengadu cikgu marah2 dia kat sekolah... bila dia salah tulis.. tak paham apa cikgu ajar... tp aku mmg xsalahkan cikgu... aku akn jumpa dgn guru kelas dia utk mengatasi hal ini... aku xboleh tunggu lagi... apapun aku bersyukur di sudut tanpa penulisan ... ada byk peningkatan dah... just part penulisan... masih ada huruf yang terbalik... nombor yang salah tempat duduk... :( .... akan aku usahakan sesuatu.... !! pasti ada penyelesaian untuk setiap permasalahan....

Posted via Blogaway

aku

alhamdulillah... Allah izinkan aku untuk terus berada dimuka bumi ini...
meneruskan hidup yang aku sndiri xtau bila akan berakhir... meneruskan pekerjaan harian yang entah bile ada noktahnya.... meneruskan kesinambungan hidup sebagai manusia dimuka bumi ini..

terima kasih Allah atas segala kurniaanMu yang terhebat... yang xterjangkau dek akal fikiranku... aku bahagia dengan hidupku... Alhamdulillah atas segala2nya....

memiliki suami yang prihatin.. penyayang... anak3 yang keletahnya pelbagai...ada yg menghiburkan... ada yg mrnaikkan amarah... namun, aku sgt bsyukur kerana aku ada mereka...
ujian xdpt jauh dari hidup aku... namun itu adalah perkara biasa... bukti kekuatan skill menangani permasaalahan... bila kita berjaya laluinya....

org sekeliling?? aku hanya akn mngambil tahu mereka yg ingin dekat dgn aku sahaja... yg nak menjauhkan diri... silakan....  xrugi pun .... ;)


Posted via Blogaway

Rabu, 26 Februari 2014

selalu dan akan terus ketinggalan... :)

assalamualaikum...

hai korunk... ingatn x aritu aku ada buat review pasal samsung Trend.. hihihih hmmmmm da salu da aku terpikir ni.. lom smpat aku bli yang aku suka tu.. mesti kuar yang lbih baru.. dan bentuknya pasti lebih mengiurkan .. hahahahah.... Adeeesss!!!!! buat aku tak tidur malam dowh... terigau2 kan nya...(tetiba terimbas perkataan.. JANGAN BEBANKAN POKET ANDA) hahahahahah (gelak kuat ckit!! ala2 perempuan sihir gitu) ... ngehngehngeh.....  korunk pon sure da tgk da kan Samsung S5 ni kan??? ada yang x lagi????...  xper2 aku kasik tunjuk kat korunk... :)

oh my... sgt smart.... nipis.... cume kalo part nk membayar nnt sure la agak tebal duitnya...HAHAHHA (lagi sekali..gelak macam perempuan sihir)

katanya ada HDR.. yang kalo amik gambar di luar tu cantik.. terang.... :)




katanya lagikkk.. hihihi S5 ni buleh mandi dan kalo terjatuh dlm pasir.. dia buleh cover lagikk..  "dust n water resistant" :)
 
katanya cantekk kalau amik gambar... makna kata.. org tu tgh laju larik pon ko still boleh captured lg pix dia.... :) ... paparazi sangat memerlukan kamera2 cenggini... even ko pon nk jadik paparazi.. apalah salahnya kan???


My Life powered by samsung Galaxy S5 !! powered sangattttt kan??? :)


Apapon.. ini semua pix aku just review dalam talian. kalau aku tgk ni diluar talian... tah apa lah nasib jantung aku... hahahahah sure terkesima lagik lah nih....

SHARING... SHARING....

NANTI KITER PERGI REVIEW KAT KEDAI PLAK... BTUL KAH BAGAI DIREVIEW KAT WEB NI... APAPON... AKU SUKA KAMOOOO S5... :) 

AKU THE SHARING (NGEHEHEHE)
akuLeya
 

quote.. :)

"buang yang keruh... ambik yang jernih..." tp org selalu hanya akan berkata part yang keruh tu... mengungkit yang keruh... dan akhirnya "menangguk di air yang keruh..." .. Na'uzubillah.

:)

banyak onak dan ranjau dalam kehidupan suami isteri... kebolehan mengatasi ranjau dan duri adalah suatu BONUS yang tidak semua org dapat....... saling menghargai.. itu yang paling utama..... moga diakhiri dgn segala kebaikan... :)

Selasa, 25 Februari 2014

br1m... oh br1m

orait... assalamualaikum...

aku nak mulakan hari ni.. dgn berkongsi satu hal yang tgh trending skang nih... it's BR1M... hihihi ,.. aku mmg xlayak mohon la.. but then husband aku layak la.. memohon.,. tetapi nmpaknya dlm kita ckp layak.. ada jugak yang rasa kami ni x layak.. xapa... sbb aku dgr boleh buat rayuan... (akan kami usahakan) ... mana adil org lain dpt, kita xdpt kan??? dah la keadaan ekonomi skarang ni sgt truk... huhuhu ... asal gerak jer duit... huhu perbelanjaan sekolah anak sahaja pon aku buleh nyatakan macam ni..

  • anak pertama rm5 x seminggu persekolahan = rm25 x sebulan = rm100
  • anak kedua rm4 x seminggu persekolahan = rm20 x sebulan = rm80
  • anak ketiga rm4 x seminggu perskolahan = rm20 x sebulan = rm80
          petrol = rm 10 x 22hari = rm220 (tu kalau sabtu xd apa2 kelas la... :( )

perbelanjaan persekolahan sahaja (tak termasuk lain2 belanja yuran tuisyen.. berlibur, makan,minum n etc.. )
          = rm480

 hmmm.. tu baru separuh jalan perbelanjaan tuk sebulan tuh.. kalau boleh dapat br1m yang sekali setahun tu...... btul2 untuk cover perbelanjaan sebulan anak2 je... huhuh awal tahun anak3 aku dapat bantuan awal persekolahan.. namun xsmpai 3 hari dapat tu.. habis kering semuanya... bli buku itu.. buku ini... hmmm mmg sangat terasa nilai matawang RINGGIT MALAYSIA dah sangat susut nilainya...

aku ada dengar plak.. ada yang dah dpt br1m.. tp nilai dia xsama./.. kenapa plak tu eh? ada kriteria yang buat wujudnya perbezaan nilai bantuan tu kah??? /... hmmmm

jadi skang ni.. aku nk kn wat rayuan la.. wlau sekadar ckup tuk perbelanjaan sebulan keluarga aku.. atleast something la.. dr xada langsung.......

aku the writer,
akuLeya
           

Isnin, 24 Februari 2014

ceritera.aku

sebab aku berblog... hihihi.. cube jawab (whai blogger2 sekalian) kenapa kamu pilih untuk buat blog???
adakah antara kita ni yg menjawab.. "saja je isi masa lapang..." hihihi.. kalau itulah jawapan korunk.. sesungguhnya aku sgt xpercaya... huhuhu... ada ke org yg buat sesuatu.. bukan untuk sesuatu.. hmmmm.. pk jap dikkk...

lepas aku pk punyer pk.. mgkin la ada.. dlm 1% camtu... ngehehehe... sbb apa kan?? aku letakkan diri aku dlm situasi sebagai penulis disini... at first impression aku tertarik untuk berblogging adalah kerana konsep earning and income... aku selalu duk "buang masa sesaja" baca blog otai2 ni.. mcm  http://nameeroslan.blogspot.com/   pastu http://www.benashaari.com/ ... baca... nilai.. tersenyum sendiri.. terkagum dengan apa yg otai dah dpt dan lalui selama ni.. hihihihihi..... income.. dan segala yang telah mereka perolehi buat aku buang segala perasaan malu... (malu bukan sbb aku pemalu yg sopan santun tu sgt tau.. malu sbb aku bukan lah penulis yang baik... menulis sekadar ikut apa yg terlintas dipikiran jerp... :) ) dan akhirnya aku berani tuk ujudkan blog aku sendiri ini...

mungkin teknik penulisan aku ni xsebagus penulis yang menulis dgn penuh kesusasteraan...ngeh3x... tapi dengan penuh rasa rendah diri aku akui hihih.. aku sebenarnya bercita2 besar.. hikhik.. nak cuba untuk tgk laku ke tak laku blog aku ni buat duit.. hihihi.. dan sehingga skarang aku masih belajar lg.. masih study macamana nk jadi mcm diorg2 yang dah berjaya sebelum aku..

mgkin korunk kata aku syok sendiri.. alamak... terpulang lah.. aku malas nak pikir part2 syok sendiri ke hape ke.. hikhik.. yang penting aku mencuba.. dan akan terus mencuba... untung sabut timbul.. untung batu tenggelam.. hukhuk.. harapnya aku boleh jadi sabut lah... :) .... hmmm bukan senang nak senang.. kalau x cuba.. mana lah kita nak tahu kan???

hmmm... setiap perbuatan dimulakan dengan niat.. semoga Allah merestui niat aku untuk berblogging ini.. dan merealisasikan impian aku utk memperolehi sesuatu daripada penulisan ini.. :) ... "BISMILLAHI AWWALUHU WAL AKHIRU.."

akuthewriter,
akuLeya

ketiak masam??? gunalah REXONA!!!! :)

salam isnin... hihihii adoiiii cube korunk ckp kat aku.. sape dalam dunia ni xde perasaan segan bila ketiaknya mngeluarkan bau yang sangat "yackkkk" busuk.. masak... kepamm... (tolong jgn kata uollss mmg suka bau ketiak uolls kepam ok??!!! huh!! loya dowh........................ wat malu kaum jerp).... 

well banyak sgt produk untuk "mewangikan ketiak" terdapat dipasaran... namun hanya 1 produk yang aku berani nak share ngan korunk.. (berani.. sbb aku dah pakai.. dah guna... dah bertahun aku guna.. semua haruman dlm kelasnya aku da try.. smuanya best) ... aku suka sbbnya bila kau guna produk ni.. tiada kegatalan pada ketiak aku.. penting ni.. sbb dulu aku pernah try satu produk nih.. gila gatalll!! dah la gatal, bila garu.... luka.... dah luka... pedihhh woooo... tension tul!! sejak dari tuh.. mmg aku x tukar brand lain lg dah.... untuk 2 anak dara kecik dirumah tu pon.. aku dah terapkan dari awl2 lg.. semangat memakai deodorant.. ngehehehe.. malu dowh anak dara ketiak tengik.. tapi aku blikan yang>>>



yang ni khas tuk anak dara kecik aku yang berdua tuh... hihihi 

yg ni aku nyer pebret,,, xakan beralih pada yang lain... :) dah la wangi.. nama pon sexy.. ngehehehe.... 

apa pon yang paling utama... dalam islam wanita mmg x digalakkan berhias secara berlebih2an... nnt akan mengundang tarikan utk berlainan jantina.. tetapi jgnlah smpai ketiak pon bau kepam... sbb dalam islam jugak kebersihan dan wangi itu sesuatu yang sgt dituntut.. kot bau ketiak masam smpaikan org sebelah pon xselesa nk buat kerja (xleh kosentrate nk wat kije duk nahan bau busuk ketiak kita) dah jadi sesuatu yang kurang manis lah plak kan...  kesiannnn.. oleh sbb itu aku syorkan rexona ni tuk kegunaan korunk.. harganya pon xlah mahal sgt... aku salu bli yang packing terus 3 botol... lama bertahan.. boleh smpai berbulan2 pon... :)...

aku the writer
akuLeya

Ahad, 23 Februari 2014

shampoo utk wanita bertudung

safi "shayla"... yesss!! akhirnya shampoo khas untuk gadis2 manis serta wanita2 jelita yang bertudung... hihihihi....
jadi... adakah lg alasan dr pihak sekalian gadis dan wanita tuk mengabaikan suruhan agama yg 1 itu... (bertudung lah mksud aku tu eh??) hihihi....



set yang baru diperkenalkan oleh SAFI... 

Sabtu, 22 Februari 2014

untungnya bila dilahirkan dalam dulang emas

aku nak share kt cni... kessahnya aku punyer "managing director" kat opis tmpat aku kijer ni.. (anak kepada tauke besar "owner") .... akan melangsungkan resepsi meraikan perkahwinannya... pada hari ini... sabtu (22hb feb 2014) ...
dan apa yg aku nak sharekan sebenarnya... alangkah beruntungnya dia... dilahirkan sbg ank billionair... majlis kahwin gilang gemilang... persiapan first class.... -aku sharekan pix dia ni eh... korunk agak2 la bape costing yg dihabiskan utk merealisasikan majlis ni... (lom campur investment mr.tee dlm pembinaan dewan ni yg dengarnya 5.5 million.. )....
saksikan..

dewan "The Grand" yang bernilai hampir RM5.5 juta
dalam dewan
pintu masuk dewan.......
kaunter reception... :) (cantiknya menantu Mr.Tee ni.. sesuai sungguh dgn our MD)
lagi hiasan menarik yang aku suka.. nmpk smart
petugas interior untuk majlis sdg bertungkus lumus untuk mencantikkan dewan
hasilnya... persiapan belum 100% siap
cantikkk
pentas.. yang bakal disinari oleh lampu2 neon yg sgt cantikkk////
lagi suasana dalam dewan
lagi...


well itulah yg aku sempat captured masa hari sabtu hari tu (on monday ni aku baru dpt update.. sblm ni main publish jer dulu... ngehehehe... xmenyempat....) itulah bila dilahirkan sbg anak org kaya segalanya yang terbaik disediakan oleh ibu bapanya... bertuah sungguh... apapun.. tahniah untuk Mr Tee Chu Kuan dan isteri.. Madam Amy.. dapat menantu lagi sorang... cantik jelita... jelas kebahagian terserlah diwajah Mr Tee & isteri akhirnya satu2nya anak lelaki beliau selamat mendirikan rumahtangga...

lagi satu promosi.. hihihi kalau ada uolls yang berniat nak buat majlis kahwin @ resepsi perkahwinan di area port dickson ni.. silalah menempah dewan ni tuk kegunaan majlis.. aku berani jamin.. segala peralatan sound system yang disediakan sgtlah superb and up to date... kalau korunk berminat nk mnyewa atau nk tau pakej tu korunk boleh la hubungi Ms Jocelyn Tee 016-3031561.. dan korunk sebutkan nama aku (akuLeya)  tuk extra discount.. hihihi


:)

the writer,
akuLeya

LENOVO K900 YG ELEGANT... GULP!! TERLIUR SUDAAA

 GANG!!! DALAM AKU DUK SURFING2 TETIBA PLAK TERJUMPE YG NEH!!! 
ADOIIIII... CANTIK,ELEGANT,NIPIS... 
NAMPAK TERBAEKKK LA... (CANNE??... AKU AKAN SURVEY TGK HARGA PASARAN..
 MUDAH2HAN 
TIDAK MENDERA POKETKU,,,, NGEHEHEHEHEH... 
ATOIIII SELERA&NAFSU BESAUUU :) oh!! lenovo.com/my/en


Intel® Inside™

The Intel Atom™ Z2580 processor (Dual Core 2.0GHz) packs the power to make multitasking effortless, regardless of how many apps, games, or videos you run.

Android™ Jelly Bean 4.2

The Android Jelly Bean 4.2 operating system is fast, fluid, and smooth, and gives you access to all your favorite apps and games and at the Google Play Store.

Full HD 5.5" IPS Display

Enjoy unimagined clarity with the K900's 1920 x 1080 full HD resolution display. At 400+ PPI you can browse full-version websites on your smartphone, or enjoy and share hi-res images and video at their absolute finest. Plus, in-plane switching (IPS) display allows for nearly 180-degrees of wide-angle viewing.

Astounding Photography and Full HD Video

Capture amazing images, even in low-light conditions with the Lenovo K900's 13 megapixel rear camera with an f1.8 AF lens and take 1080p HD videos.

Ultraslim

Beautiful to look at and hold, the Lenovo K900 mobile is one of the slimmest premium smartphones available. At just 6.9 mm in profile, it slips easily into your pocket or bag.

Elegant & Durable

The Lenovo K900 is forged from non-magnetic stainless steel and polycarbonate into a unibody case, making it tough enough for all-day use.

Corning® Gorilla® Glass 2 Display

The Lenovo K900's tough display is nail and pen-friendly, as well as sensitive to even light gloves.

Hi-Res Video Chat

The Lenovo K900's 88°wide-angle 2M front camera makes video-chat easy and fun to use on mobile.

Intel® WiDi Wireless Screen Display

Project your K900 screen to WiDi-supported digital TV or monitor—wirlessly. Great for watching those videos you just captured!

USB On-the-Go

USB On-the-Go enables the Lenovo K900 mobile phone to act as a hub and read data from devices like cameras and mp3 players*.*Cable must be purchased separately.







Standard on the Lenovo K900 Mobile phone:
Battery Life
Up to 12 hours' 3G talk time, 300 hours' standby
Weight
Starting at 162 g
Speakers
Single speaker
Ports
1 micro USB On-the-Go, audio jack


Lenovo K900 smart phone full HD 1080p 5.5inches displaynipis sioootttt!!!




terkesima:akuLeya

sessi mereview SAMSUNG ngeheheheeh JOM!!!



samsung trend yg aku duk perati ni... mcm ok la.. sesuai ngan poket aku...( but tu pon nk kn tunggu beberapa bulan sebelum boleh beli... ngehehehe... ) .. aku minat sbb katanya 4.0 inches... ok la tu kan?? nk besau2 ngat wat per... kn ukur ngan body poket kiter jugak kan>?>
 Screen
  • TFT capacitive touchscreen, 16M colors
  • 480 x 800 pixels, 4.0 inches (~233 ppi pixel density)
  • Multi Touch: Yes
  • Available Status: Available. Released 2013, December
  • 2G: GSM 850 / 900 / 1800 / 1900 - SIM 1 & SIM 2
    GSM 850 / 900 / 1800 / 1900 - S7580
  • 3G: HSDPA 900 / 2100 - S7580, S7582
  • SIM: Single SIM
  • Dimension: 121.5  x  63.1  x  10.6 mm
  • Weight: 118 g (4.16 oz)
  • OS: Android OS, v4.2 (Jelly Bean)
  • CPU: Dual-core 1.2 GHz
  • Internal: 4 GB (1.8 GB user available), 768 MB RAM
  • External Memory: microSD, up to 64 GB
  • Battery: Li-Ion 1500 mAh battery
  • Stand By: (2G) / Up to 280 h (3G)
  • Talk Time: (2G) / Up to 8 h (3G)
  • Colors: White, Black

kalau part kegunaan tu.. alah mak asal aku boleh surfing ckit2.. FB.. skang tmbah ckit dah blogging nih.. buleh SMS,wechat, & Call .. cukup la... lebih2 sgt pon aku bukan gheti sgt.. ngeheheeh.. (sungguh outdated aku ni kan??? ) :)

xperlah.. apa yg jadik pon.. kiter kn ukur ngan poket kiter.. kot la kita mampu takat tu.. jgn di ambil yg lbih besar lg.. cukup2 lah mendera poket tu!! kihkihkih


aku the writer

akuLeya

Jumaat, 21 Februari 2014

There's no better time to start Churping! let's Churping now!!!!

hehhehe... u olllss penah dgr x pasal churping2 ni wahai blogger sekalian... well.... this is some other chance for "us" as a blogger to dapat some extra income.. xdpt byk... dapat ckit pun rezeki kan u olsss .. ngeeeeeeHeyyy there's something different about the #ChurpChurp site! #TheNewChurp2 http://my.sharings.cc/p/6AJZL ... hihihih.. korunk just klik link yg aku tulis tu.. nnt korunk follow the instruction tu eh..!!

jom.. banyak ke sikit.. itu rezeki.. kita xmula.. maka xbermula la earning n income... yeayyyyy!!!!!!


sharing is caring

the writer,
akuLeya

kebesaran Allah S.W.T ... :) Allah Hu Akbar

Mungkin kita selalu membaca surah Yassin, namun mungkin ada antara kita yang terlepas pandang berkenaan sejarah Titanic ni dalam surah tersebut.... (maklum sahaja kebanyakan antara kita tahu membaca tanpa mngetahui dan mendalami maknanya) .. Allah.. alangkah ruginya kita,... :'( ... pernyataan kerugian ini bukan tuju khas untuk pembaca2 diluar sana saja.. tp khasnya untuk diri sendiri.. huhuh Astaghfirullah Al Adzhim... :'( ... lalainya aku...  credit sangat berterima kasih kepada tuan punya tanah/blog http://ccnetmyv2.blogspot.com/ atas perkongsian yg sangat bermakna ini.... 

Sudah Tertulis Di Dalam Surah Yassin Tentang Kisah Kapal Titanic? | Kisah seperti ini memamng tidak mustahil, kerana Al Quran Merupakan kitab yang hebat dan salah satu Mukjizat Nabi Muhammad.


Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912.
Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang paling mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi. Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yang dibina dalam masa 3 tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja.


Ucaplah, SUBHANALLAH!
Tetapi para sarjana dan ilmuwan Islam terkemuka dunia yang mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan. Baca balik Surah Yaasin ayat ke 41 hingga ayat ke 44 :

لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.

وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu [1269]. [1269] Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.

وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ
43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.

وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

ALLAHUAKBAR!!
Dan mereka turut menyatakan bahawa maksud dari potongan itu bahawa berdasarkan kenyataan bongkak kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward J.Smith yang berkata :
''Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, tidak ada satu pelayaran di bawah saya pun yang pernah gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yang menggila..''.

Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan mereka telah lupa ada kuasa yang jauh lebih hebat iaitu Tuhan.

''Hasil'' dari kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar hanya 3 hari saja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang ''mangsa'' Titanic.


sharing is caring credit to http://ccnetmyv2.blogspot.com/ ...

Khamis, 20 Februari 2014

zikir itu santapan untuk rohani kita... :)

seperti yg diketahui umum sebagai umat Islam.. zikir adalah santapan rohani kita.. kt bwh ni aku sharekan article yg aku dah baca... Credit untuk http://amalan-harian.blogspot.com/

marilah kita pjg2 kan ilmu untuk  pengetahuan dan amalan bersama... :) xbaik kedekut ilmu ni kan... mgkin ada yg kata sebagai berlagak baik// tp sebaiknya perhatikan apa yg aku smpaikan dan amalkan... dan jgn pertikaikan part berlagak baik tu.. hihihi.. amalkan sahaja untuk kebaikan diri sendiri... "sampaikanlah walaupun hanya 1 ayat.. " itu je pegangan aku semasa aku mengupdate blog aku dgn unsur2 keagamaan sikit ni.... :)

sharing is caring

ZIKIR YANG PALING RINGAN DILIDAH.. TETAPI BERAT PADA TIMBANGAN AMALANNYA..

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Dua kalimah yang ringan di lidah,
berat di atas neraca timbangan dan disukai oleh Tuhan Yang Maha Pengasih ialah: SubhanAllahi wa bihamdih, SubhanAllahil-`Azim“
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Maknanya:
1.SubhanAllahi wa bihamdih = Maha Suci ALLAH dan Segala Pujian BagiNYA
2.SubhanAllahil-`Azim = Maha Suci ALLAH Yang Maha Agung

Muslimin muslimat sekalian,
Ambillah peluang setiap masa yang terluang untuk kita mengingati ALLAH. Di dalam hadith di atas, Nabi S.A.W. telah menyatakan akan kelebihan kalimah zikir ‘SubhanAllahi wa bihamdih, SubhanAllahil-`Azim’ yang tidak sepatutnya kita abaikan.


Kalimah ini sangat mudah untuk disebut, tetapi subhanALLAH ganjaran pahalanya besar, malah disukai oleh ALLAH Ar-Rahman.
Justeru, janganlah kita membiarkan masa yang berlalu tanpa kita mengamalkannya. Samada sedang berjalan, sedang menunggu, sedang berehat, sedang memandu atau mana-mana ketika pun, janganlah kita biarkan masa berlalu pergi tanpa diisi dengan dzikrullah. Apatah lagi seperti kalimah zikir di atas. Mudah, tapi besar ganjarannya.



Dalam Riwayat Sahih Muslim


"Subhaanallahi wabihamdihi, 'adada khalqihi, wa ridhaa nafsihi, wadzinata 'arsyihi, wa midaada kalimaatihi" 

Maha Suci Allah, aku memuji-Nya sebanyak makhluk-Nya, sejauh keredaan-Nya, seberat timbangan 'Arasy-Nya dan sebanyak tinta tulisan kalimat-Nya.

Dari Juwairiyah binti Al Harits isteri Nabi SAW r.a., katanya Nabi SAW keluar dari rumahnya pagi-pagi setelah selesai solat Subuh, dan Juwairiyah masih berada di tempatnya solat. Setelah waktu Dhuha Rasulullah SAW pulang sedangkan Juwairiyah masih duduk di tempatnya semula. Rasulullah bertanya kepadanya, “Apakah engkau sentiasa duduk (berzikir) seperti itu sejak kutinggalkan tadi?” Jawab Juwairiyah, “Betul, ya Rasulullah!” Sabda Nabi SAW, “Aku hanya mengucapkan empat kalimat sebanyak tiga kali semenjak itu, yang kalau ditimbang dengan apa yang kau baca dalam zikirmu sejak tadi, nescaya sama berat. Kalimat itu ialah: ‘Subhanallahi wa bihamdihi 'adada khalqihi, wa ridha nafsihi, wa zinata arsyihi wa midadi kalimaatihi.’” (Sahih Muslim Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2348)



UNTUK PERKONGSIAN DAN AMALAN BERSAMA

SHARING BY
akuLeya

:)

alamak.. lagi article pasal pregnancy yg aku terbaca.. dan aku sgt ingin (Keterlaluan sgt dah ni.. ngeh4)... untuk share.. :)... Pls find out friends....


Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahaya. Ia merupakan makanan Rasulullah S.A.W & mempunyai byk khasiat. Ibu yang hamil digalakkan memakan buah kurma, bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga elok dimakan sepanjang tempoh berpantang bagi memudahkan proses pengecutan rahim.

Antara kelebihan dan kebaikan mengamalkan memakan buah kurma:
a) Kaya dengan zat besi – sesuai dimakan oleh wanita yg sdg dtg haid & mereka yg mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)

b) Tidak mengandungi kolestrol.

c) Kaya dgn protein (1.8 – 2%), serat (2-4%), glukosa (50-57%), Vitamin A dan C, sodium & potassium.

d) Potasium penting utk sistem saraf yg boleh merangsang daya ingatan, meningkatkan nafsu kelamin & meningkatkan sistem pertahanan badan. Berupaya mencegah dr barah payudara & rahim.

e) Kandungan gulanya mudah diserap badan & memberi tenaga segera apabila berbuka puasa.

f) Boleh diberikan kepada bayi bagi mengurangkan kesakitan.

g) Memudahkan proses bersalin & pengecutan rahim.


HMMM>> JOM PAKAT AMALKAN SAHABAT AKU YG TGH MENGANDUNG TUH>>> 

sharing is caring

akuLeya

terbaru.... :)

abh...

Akhirnya pas dr minggu ke seminggu... plan nk blik kg terlaksana... wlau gerak dr bangi dah menjelang 5ptg... smpai kg ...