Selasa, 25 Mac 2014

#MH370 satu pengakhiran yang x pasti kebenarannya



perasaan dan pemikiran aku untuk #MH370 sama mcam artikel yang aku ambik dari  http://cursingmalay.blogspot.com/2014/03/mh370-selepas-lebih-dua-minggu.html ni... ini lah yang bermain difikiran aku... jelas sama.. so aku copy  n kalo korunk sudi dan suka... bacalah,,,


1. Denial


Aku masih lagi tak dapat menerima hakikat yang kerajaan kita hanya menggunakan data-data satelit untuk "mengesahkan" yang MH370 dah terhempas. Apa buktinya? Mana dia sisa kapal yang dah dikutip dari laut? Kenapa Najib menyebut pengesahan hanya berdasarkan bukti teori dan langsung tidak menyebut sebarang bukti fizikal yang jauh lebih sahih dapat memastikan, ya itu adalah Mh370! Kadang2 bila difikirkan balik ada jugak logiknya rumours2 yang tersebar yang mengatakan ini semua ada kaitan dengan political games sesetengah pihak dan mereka2 yang terkorban ni adalah collateral damage yang menjadi mangsa politik sesetengah golongan.

2. Anger

WHAT THE FUCK KERAJAAN MALAYSIA! APA YANG KAU NAK SEMBUNYIKAN NI SEBENARNYA? Kau punya alasan tak nak inform pasal air turn back dari awal tu kenapa? Dah la kemudian keluar statement kata tak nak disclose pasal radar military sebab tak nak orang tau keupayaan radar negara. Yang paling haram sekali, kalau kau dah tau awal2 yang kapal terbang tu dah patah balik kenapa kau suruh jugak diorang carik kat tempat yang kau dah tau kapal terbang tu tak lalu?

Tak masuk lagi pengakuan Najib bila dia kata "kerajaan Malaysia sangat mengambil berat mengenai perkara ini sehingga kami mengabaikan keselamatan negara.."

Jika ada apa2 la yang disembunyikan oleh pihak kerajaan kita dan mereka sebenarnya tau apa yang terjadi kepada penumpang dan anak kapal MH370 ni tapi terpaksa disembunyikan kerana "sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan," aku harap dekat Padang Mahsyar nanti kita tunggu dan tengok la sama-sama.

Macam mana kau nak tau apa terjadi pasal MH370, macam tu la rasanya si bapak Altantuya tu rasa tiap2 kali dia datang Malaysia dan bertanya perihal anak dia yang mati kena bom tapi mahkamah declare "motif membunuh tidak relevan.."

3. Bargaining

Apa yang aku harapkan adalah keadilan kepada semua pihak. Banyak benda yang pelik dalam penyiasatan ni. Aku tak ada sedara mara atas kapal terbang. Aku ada sorang kawan. Sorang lagi member aku, jiran dia, isteri dengan anak ada kapal terbang tu. Kalau kerajaan cuba cover up macam mana pun, Allah tau apa jadi. Ingat ayat ini kerajaan Malaysia....jika kau dapat tekanan antarabangsa dan kau cover up benda ni, kau deny justice dan closure untuk orang yang ada sedara mara atas flight ni.

Ataupun mungkin ini semua memang kerosakan teknikal? Kapal terbang terpaksa turn back sebab kebakaran yang mengakibatkan komunikasi terpadam? Tapi macam mana pulak dengan media2 luar ni yang nampaknya sedaya upaya memburukkan Kapten dan Co-Pilot Mh370 dengan pelbagai dakwaan yang tak munasabah? 

Ataupun mungkin boleh kerajaan kita cerita betul2 dekat semua orang apa sebenarnya yang terjadi tanpa mengira hubungan diplomasi? Mungkin bunyinya gila tapi kadang2....

Entahlah. Terlalu banyak teori sehingga kelam kabut semuanya. Aku still harap rumours paling awal aku dengar bila orang kata "semua penumpang masih lagi selamat sebab mereka dijadikan hostage dalam rundingan untuk mengelakkan perang dunia" tu betul...

4. Depression

Sejak awal lagi bila aku baca pasal MH370 dan aku tau yang kawan aku ada atas flight tu, aku sebenarnya dah slowly dapat terima yang endingnya takkan jadi happy ending macam dalam filem, dengan shot dari jauh nampak bangkai pesawat tapi penumpang semua terapung atas lifeboat sambil melambai dekat helikopter yang terbang di atas selepas beberapa hari terdampar di atas laut, dibawak arus dan ombak.

Mungkin pemikiran aku macam tu sebab masa aku nak meningkat remaja, doktor ayah aku bagitau yang bapak aku ada tak sampai lagi setahun aje life expentancy dia dan waktu tu aku punya lah hope yang expectant dia akan panjang tapi beberapa bulan kemudiannya, bapak aku dah arwah. Kejadian tu seolah-olah dah jadikan diri aku prepare for the worst dari awal....sebab kadang2 hoping leads to nowhere. Kita perlu berharap tapi kita juga perlu terima hakikat, Allah ada cara tersendiri dalam mengatur hidup kita.

Itu realiti. Mungkin kau boleh stay positif sepanjang 2 minggu lepas ni. Mungkin itu cara kau cope. Aku, always expect worst. Tiap2 orang ada cara dia. Yang penting, tiap2 kali lepas kau menghadap satu kematian, kau kena ingatkan diri kau, "kalau aku mati, aku nak orang ingat aku sebagai seorang yang berguna. Bukan kaki pempuan, bukan kaki clubbing, bukan kaki spa, bukan kaki buang anak dalam jamban..."

Apa yang aku belajar dari pengalaman aku masa kecik adalah semua orang akan mati. Kau hope macam mana pun seseorang yang kau sayang itu survive, kalau dia nak mati, dia mati. Tapi biarlah mati dalam kebaikan. Aku termkan benda ni "Happy Death Day." Ini tajuk album nombor tiga aku nanti kalau aku sempat siapkan.

5. Acceptance

Walau apa pun teori yang dikeluarkan, walau bermacam cerita yang keluar, satu benda yang kena accept adalah kapal terbang tu dah terhempas. Kena hijacked, malfunction, kebakaran, itu semua spekulasi lagi setakat ni. Tapi kapal terbang tu dah terhempas....Batch sekolah aku ada 113 semua. Sekarang dah tinggal 111. Rambut sorang2 makin beruban. Ada jugak yang dah start kena gout. Dah kena darah tinggi. Mati. Semua orang akan mati. Bila2 boleh mati bang. Kau nak pegi pusat spa nak mintak urut konek pun kau boleh mati bang. Hina bang mati camtu.

Tuhan takkan uji kau dengan benda yang kau tak mampu tahan. Dia fair bai!

Jadi, bermurunglah untuk seketika. Kemudian teruskan hidup anda semua. Jangan risau. Hidup anda tak berakhir. Anda akan bangkit. Manusia dicipta cukup sempurna untuk adapt benda2 camni. Sebelum anda teruskan semula hidup anda, baca lah pasal kasihnya Allah kepada mereka2 yang meninggal dalam kemalangan ni. Mereka, adalah insan-insan yang terpilih.

Al-Fatihah. Sedekahkan la jugak Al-Fatihah kepada mereka2 yang bertungkus lumus bekerja mencari flight MH370. Terima kasih atas pengorbanan anda.

aku yang masih xpercaya


akuLeya

venue : family gathering

at last!! aku decide http://umangumangchalet.blogspot.com/ as venue untuk "Our Gathering Day 2014" ... hmmm tempat yang aku suka... nampak ekslusif, elegan (hahahahh... excited ni kau! ) hmmm harap peserta2 event untuk tahun ini akn suka dgn pra-persiapan yang aku da buat nih!... setakat ni nmpk semua puas hati...

biaupun event tu aku setkan datenya hujung tahun,... tp gase2nya xlama tu.. pejam celik jerp da smpai masanya.. :) ..

umangumangresort!!!!tunggu kami datang
well setakat ni peserta da seramai lebih kurang 32 org.. aku yakin akan terus bertambah... sbb para jemputan ada lagi yg belum buat pengesahan.. :)

well... kenangan last time punyer family day bermain di ingatan... bestnya!!!!

hmmmmm... nmpk kemas,cantik,menarik... da bomb jerp!!!


cantekkkk nmpk teratur!!

comeyyy lorhhh



xsabar nk tgk sunset!!!




aku the writer
akuLeya


akhirnya #MH370

sesuatu yang sangat sedih untuk diterima... lepas ke segala laut dicari... akhirnya Dato' Sri Najib mngesahkan pengakhiran kepada #MH370 adalah di lautan hindi...

tidak dpt diterima akal.. selagi xd bukti tambahan selain dari sekadar kira2 semata ini.. aku masih mengandaikan yg #MH370 where somewhere... semoga dilindungi Allah selalu.. (kecuali nnt da dijumpai kotak hitam sbg bukti) ...  masih menunggu keajaibannya... aku masih percaya pada Qada dan Qadar.. dan aku masih percaya pada segala kemungkinan yg akan berlaku hanya Allah Yang Maha Berkuasa... hanya Dia yang tahu segalanya...

semoga tiada satu apapun yang disembunyikan oleh KERAJAAN MALAYSIA hendaknya... andai ada yg terhijab dimata kami Ya Allah... maka jelaskan lah .. kami hanya hambaMu yang sgt lemah.. dan sentiasa mengharapkan sesuatu keajaiban dariMu..... seandainya betul bagai ditelah.. Kau rahmati lah roh semua Umat Islam yang berada dalam penerbangan tersebut... andainya sebenarnya mereka semua belum kembali padaMu Ya Allah... kembalikan lah mereka kepangkuan keluarga mereka.... hanya padaMu kami berserah dan kami memohon... Aaaamiiiin

*kenangkan... apa yg diorg alami... huhuhu sgt perit!! in sha Allah aku yakin kami rakyat Malaysia masih menunggu kepulangan #MH370

aku the writer
akuLeya

terbaru.... :)

abh...

Akhirnya pas dr minggu ke seminggu... plan nk blik kg terlaksana... wlau gerak dr bangi dah menjelang 5ptg... smpai kg ...