SHAH ALAM - Misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar Sabtu lalu telah masuk hari ketiga.
Namun, sehingga jam 11 malam, masih tiada sebarang petanda yang menunjukkan perkembangan positif terhadap misi tersebut.
Segala teknologi dan peralatan canggih dari seluruh dunia telah dikerahkan dalam misi itu tetapi masih tiada hasil setakat ini.
Melihat kepada kegagalan sains moden dalam mengesan lokasi MH370, bekas ketua juruterbang B777 Fleet MAS, Kapten Noruddin Abd Majid tidak menolak kehilangan pesawat berkenaan adalah kerana kuasa tuhan..
"Dunia berada pada tahap teknologi yang tertinggi di mana seseorang berjalan di lorong pun dapat dilihat daripada angkasa dan dapat diketahui identitinya.
"Apa pun yang berlaku, sebagai orang beriman, ini adalah ketentuanNYA. Ini bukan pertama kali berlaku di mana pesawat hilang daripada udara," katanya yang dipetik pada laporan sebuah TV, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau menyentuh tentang kehilangan pesawat itu dari radar pada ketinggian 35,000 kaki secara tiba-tiba.
"Satu dunia sudah melihat di mana sebuah kapal terbang yang berada pada ketinggian 35,000 kaki dengan kelajuan 855 kilometer (km) sejam dan kalau tak silap 14.5 km seminit melepasi pantai timur semenanjung dan baru saja hendak memasuki ruang udara Vietnam, hilang secara tiba-tiba.
"Berdasarkan kenyataan (pihak berkuasa), sebelum masuk ruang udara Vietnam, dalam kawalan positif dengan Air Traffic Control (ATC), pesawat tiba-tiba hilang terus dari skrin radar. Tidak ada kesan langsung.
"Ini mengelirukan dan satu perkara ajaib yang kita kena terima. Dunia kena terima," katanya.
Ketika ditanya soal tindakan yang boleh dilakukan, beliau berkata doa adalah senjatanya.
"Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dgn ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya," katanya.
Dalam pada itu, beliau menolak kemungkinan pesawat itu meletup di udara, ekoran tiada petanda ataupun serpihan yang ditemui selepas tiga hari operasi mencari dilancarkan.
"Kalau meletup sekalipun di udara, mesti ada serpihan. Pasti. Kerana pesawat ini terlalu besar. Enjinya adalah paling besar di dunia, sama saiz dengan badan Boeing 737.
"Tapi tak ada petanda. Tak ada serpihan. Tak ada tanda pada bacaan radar, jadi, tidak mungkin," katanya.
Beliau terlibat dalam operasi membawa pesawat Boeing 777-200 itu ke Malaysia pada tahun 2002.
p/s:ada hikmah disebalik kejadian ini... wlau secanggih mana pun kita sebagai manusia xakan dapat melawan ke"canggihan" yang di miliki oleh tuan empuan semesta alam.. ALLAH yang maha besar, maha penyayang... moga Allah memberikan petunjuk yang jelas.. bagi memudahkan misi mencari dan menyelamat MH370 ini.... AAAMiinn... Kun Fa Ya Kun .....
dari aku
akuLeya
Selasa, 11 Mac 2014
#MH370
MH370# kami sentiasa mendoakan kamu akn kembali ......... dalam keadaan selamat...
aku the writer
akuLeya
aku the writer
akuLeya
Langgan:
Catatan (Atom)
terbaru.... :)
abh...
Akhirnya pas dr minggu ke seminggu... plan nk blik kg terlaksana... wlau gerak dr bangi dah menjelang 5ptg... smpai kg ...
-
assalamualaikum my Dear Diary... Akhirnya mlm td @ 2104pm 17/4/2014 aku da bank in ke akaun Ms Umang umang Chalet tu booking untu...
-
okeyyy.. abadikan 12/5/2015 baru ni.. adik ipar cekya da selamat bersalin.. anak lelaki lagi.. da 3 ank lelakinya... hihihi xapal...