Rabu, 30 April 2014

jaundis-cara ubat-cara elak

Salam... Diary CekYA,...

mihihi.. cekYa bebenornya xd apa sgt nk share pg ni..

semalam berlalu dgn perkara yg biasa2 je.. kang nk citer pun nnt korunk bosan.. hahahaahahahah ..... cekYA just macam terpikir kenapa skang ni asal baby baru lahir je mesti ada demam kuning..
latest, ank kazen cekYA yg lahir sabtu hari tu... pas dah dibawa blik ke Melaka.. tgk2 kn diagnos "kuning" jugak... hmmm da jadi mcm perkara biasa je plak.. huhuhuhu...

cekYA sebut pasal menda ni kan apa... sbb anak3 cekYA yg ber3 tu.. xpernah la plak kn "demam kuning" jadi cekYA pun xtahu sgt pasal penyakit ni...

1) kenapa ia berlaku
2) cara ubatnya
3)cara nak elakkan dari terkena

so, cekYA duk google2 tgk.. rupanya demam kuning juga dikenali sbg JAUNDIS... (saja la nk tau tu.. kan apa.. tuk pengetahuan sdr.. n n sharing la ngan kazen tu..) cekYA dapat artikel ni.. meh cekYA share ngn korunk... kredit untuk http://isyadkisya.blogspot.com/

BAYI yang baru lahir berisiko menghidap demam kuning atau dikenali sebagai jaundis, sama ada bersifat normal atau patologi.Lebih kurang 50 ke 60 peratus bayi yang lahir cukup bulan mengalami jaundis pada minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas dilahirkan.Jaundis juga biasanya berlaku kepada bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan.Pada sesetengah bayi, ia berlaku hanya sekejap, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau dengan rawatan yang ringkas . Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian.

Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian putih mata dan juga kulit yang bertukar warna kekuningan. Kesan itu dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagian bawah badan. Bayi jaundis juga akan kerap tidur.Biasanya bayi yang lahir mengalami warna kekuningan ini disebabkan pigmen kuning atau lebih dikenali dengan nama bilirubin yang meningkat dalam darah.Bilirubin ini berlaku akibat pemecahan sel-sel darah merah sewaktu bayi lahir. Ketika bayi dalam kandungan, bilirubin dibuang melalui plasentra dan seterusnya oleh organ. Hati dari ibu akan diolah menjadi bilirubin untuk dibawa ke usus dan seterusnya dibuang melalui proses tinja. 

Namun setelah bayi lahir, proses tadi akan dilakukan oleh hati bayi itu sendiri. Disebabkan fungsi hati belum sempurna, proses itu lebih lambat menyebabkan bilirubin tetap tinggi dalam bayi.Bilirubin inilah yang masuk ke jaringan kulit sehingga bayi kelihatan kuning pada keseluruhan tubuh dan matanya.Bagi bayi normal, setelah tiga atau empat hari kelahirannya, kadar bilirubin akan menurun perlahan-lahan seiring dengan pertambahan fungsi hatinya.

Biasanya bila umur mencecah tujuh hari, bayi sudah tidak kelihatan kekuningan lagi. Inilah penyakit kuning yang bersifat fisiologi atau normal dan tidak berbahaya bagi bayi.Namun, berbeza pula bagi yang menghidap penyakit kuning patologi. Ia timbul lebih cepat dan biasanya 24 jam setelah kelahiran dan peningkatan kadar bilirubin di dalam darah bayi juga berlaku dengan lebih cepat.Jenis penyakit kuning seperti ini boleh disebabkan oleh jangkitan pada bayi, ketidaksesuaian jenis darah ibu dan bayi, serta kes yang jarang berlaku disebabkan kekurangan enzim G6PD (glukosa 6 Phosphate Dehidrogenase). Enzim ini terdapat di dalam dinding sel darah merah yang berfungsi untuk mencegah sel-sel darah merah.

Apa perlu dilakukan pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah untuk mengukur tahap bilirubin.Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis.Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih.Biasanya ia tidak memerlukan rawatan. 

Jika memerlukan rawatan, ia dirawat menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakkan di bawah cahaya bililight.Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.

1. Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerap.Kolostrum akan bertindak sebagai laksatif dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin.

2. Elakkan mengambil air tambahan. Hanya dua peratus bilirubin keluar melalui air kencing dan 98 peratus keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.

3. Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap dua jam.lJika bayi tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari tiga kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam dan beri kepada bayi anda.

4. Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus kerana kulit bayi sensitif. Buka pakaian serta lampin dan letak di dalam bilik yang ada banyak cahaya.

Ok dah baca kan..ingat kolostrum tu sangat penting untuk baby.lagi kerap baby  menyusu lagi kerap la dia berak.so kuning pun cepat hilang kan.

ok.. tu antara yg boleh diamalkan... apapun.. sebaik baby lahir.. terus bg susu ibu sebanyak mungkin.. iini sgt membantu... nnt cekYA nk hapdet bgtau kazen cekYA tu.. soh dia paksa baby nyusu.. mihihihihi

ok.. kat bawah ni plak cara tuk elak.. jaundis... 

harap ada yg boleh amik manfaat darinya...

UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN : 
1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis) 
  
2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran) 

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari. 

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan. 

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari. 

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas. 

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin. 

kredit untuk http://www.whiteymommy.com/
BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH : 
1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. 

 2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut. 

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut. 

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah) 

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan) 

lagi kredit untuk whiteymommy...

cekYA harap perkongsian ini.. boleh dipergunakan oleh semua readers yg membaca diary cekYA ni.. cekYA pun simpan maklumat ni.. tuk kegunaan cekYA nnt... who knows... cekYa tetiba termengandung lagik ke.. mihihihihii.. in sha Allah...

ok ler.. till next post cekYa akn cr bahan tuk kita share sesame...


bubye

aku the writer
akuLeya

Selasa, 29 April 2014

penaik semangat... :)


myself.. plss EAT this,.. 

and 

i'll make up my mind that nobody is perfect!!!

sharing is caring

aku the writer
akuLeya

quotes...


:)

sharing is caring,,,,

semangat adalah sgt perlu untuk semua.....

herp3... jom!!! semangat!!!!

aku the writer
akuLeya

again quote.....

mood cekYa nk share quote ngan korunk.....

check it out eh?? :)


... 

is it real fact...???

xper// just untuk kekuatan semangat..

kita boleh follow ni... :)

yang baik jadikan teladan..
yang buruk jadikan sempadan


aku the writer
akuLeya

quote's


:)

'
'
'
'
'

tawakal-nescaya cukupkeperluannya......


ALLAHUAKBAR

aku the writer
akuLeya

jom beramal

Assalam...

sesuatu yg sgt mudah... yg sgt selalu kiter terlepas pandang... sgt terlalu kiter terlupa...

ALFATIHAH...

segala macam doa terangkum didalamnya...
ayat yang 1001 guna...
dalam hanya 1 surah mudah itu...
anak2 kita semua hafal...
even kita juga sejak kecik sudah hafal...

satu doa yg sudah siap termeterai didalam minda..
mari kita ucapkan
mari kita lagukan...
mari kita sentiasa gunakan......

untuk


sedekah untuk ibu bapa kita
untuk anak2 kita....
untuk semua umat ISLAM...
untuk SEMUA hal...
untuk SEGALA masalah...

till next POST

aku the writer
akuleya

Alhamdulillah


Alhamdulillah ... untuk segala yang kita miliki...

andai rasa Xkaya... tapi kita xjugak miskin
anda rasa susah... tp kita x merempat
andai rasa letih... tp kita x sakit

kita diberi nafas,
masih diberikan makanan,
masih dpt minum,
masih dapat kerja,
masih dapat berhibur,
masih dpt itu........
masih dapat ini........
dan segala itu adalah pemberian dariNya
hanya padaNya tempat kita mengadu.......
tempat kita bersyukur

dan selalu2lah

ucapkan


ALHAMDULILLAH


aku the writer
akuLeya

dendam-


hilangkan dendam didalam hati ... dendam hanya akn terus merosakkan kehidupan kita,,, asal dendam adalah didalam hati...dari hati appear to life..... dari situ dpt lihat...
apakah kita ini seorang manusia yg dari golongan mana???

aku the writer
akuLeya

nauzubillah... hati kotor


semoga kita dijauhkan dari terus memberi titik-titik hitam kepada hati kita.. :'(

aku the writer
akuLeya

harta-hati-amal-


andai benar kita jutawan---tp xd maknanya klau hati dan amalan kita tidak setanding nilai jutaan harta kita tu!

aku the writer
akuLeya

Astaghfirullah Al Adzhim



Always Seeks for the fogiveness from ALLAH



terjumpa lagi ini... El Zahraa ni sebenarnya kawan masa CekYA darjah 1-6 dulu... hihihi.. cekYA suka baca quote2 dr dia... byk pengajaran yg kita dpt dr quote yg simple tp bermakna seperti ini...

Astagfirullah Al Adzhim... sesungguhnya sebagai manusia biasa kita pasti nya xakan terlepas dr melakukan kesilapan..... :)

hidup itu indah............

cekYA ada jumpa ini!!!!!!


jadi,.... let's hargai hidup kita,... mari indah2kn hidup seharian kita... dengan sesuatu yg baik... 
in sha Allah... segala yg terbaik pastinya di balas yg super BAIK punyer... :)

aku the writer
akuLeya

ceritera aku

assalamualaikum
my dear diary...

hari ni cekYa nk share ckit apa yg cekYa wat seharian....... mihihihi... skang ni manjang nk share je kan??? yer lor... kata diary kan?? hikhikhik......

ok first thing smlm mmg cekYa kije.. tp dek kesiankan ank bujang cekYa yg semput tu... (smlm dia xskolah and cekYa bwk dia ke pejabat) .. ank cekYa ni jenis yg klau dia nk tdo tu dia mesti sebelum lelap dia boleh nmpk cekYa ada kat mana2... (manja sgt ni... even tdo mlm pun.. masih tdo ngan cekYa wlaupun da drjh 3.. uhukhukhuk)... tp smlm dek keletihan... cekYa letakkan dia kat satu bilik dalam ofis ni.. terus lelap.. je... (agaknya penat sgt).... 


hah... siap ngan TOTO bantal cekya bwkkn tuk dia semalam... :(

menjelang da kul 3ptg.. tugas seterusnya adalah ambil si kakaknya... (dia habis kelas kul 230ptg).
tapi dek sbb cekYa da plan nk amik 1/2 day leave.. makanya cekYa setelkan dlu semua kije2 opis... 

pas amik sikakak... (kesian kakak kn tggu lama... da la smlm tu dia puasa..) cekYa ronda kedai kek "nk cari kedai melayu punyer" hihih.. tlg bisnes bumiputra la... nk survey harga utk bday ank dara tgh cekYA jumaat ni... dia da ckp da.. nk celebrate kat kelas... hihihi.. skang cekYa plak nk surprisekan dia... mihihihihi..... (tang ni nnt cekYa update lagik).....

selesai part survey.. cekYa balik umah.. bagi mkn sibujang... (yang sikakak da selamat mandi semayang trus tdo...kesian.. first day puasa..) ... selesai bg makan cekya terus masuk kedapur... berkemas... masak.... dlm masak2 tu sidara tengah balik dr sekolah... xsangka rajin plak dia smlm... terus meyinsing lengan membantu... dek kerana ada bantuan dr ank dara tu,., dapat la buat pencuci mulut ckit tuk si kakak... lagi2 puding karamel la cekYa nih... (hihihihi.. korunk ni la resepi pencuci mulut pebret ank cekYA tau... plus paling senang nk buat... :) .. ) 


tu dia!!! cekYa siap amik pix dia duk dlm peti lagik!! kahkhakha

resepi lain.. tuk ank dara sulung cekYA berbuka adalah....


sekadar 

1) sambal sotong
2) daging goreng

itu je ikut bahan yg ada dlm esbox... asal pebret ank2 itu je la salu cekYa masak...

ok la tu kan????
ajak jugak ank3 dara kazen cekYa yg da balik berpantang diMelaka tu... seronok tgk diorg makan... berebut2,... siap rajin.. goreng kopok lekor lagikkk mkn rmai2... Alhamdulillah.. rezeki diorg... maka inshaAllah semoga Allah lebih2kn lagi rezeki cekYA sekeluarga...dapat la lagi cekYA spreadkan rezeki tu sama... sharing2... caring2... :) 

selesai ank berbuka... cekya pun smbung la ke tugasan terakhir cekYa semalam....iaitu...

BUANG BIJI CILI KERING!!!

Penting ni... sbb da habis stok dlm peti tu... nnt hjg mggu nk niaga lagi.. elok buang biji awal2...tapi hasil yang paling cekYa xdaya... tanganku berpijau.... smpai la ke hari ini..... huhuhuhuhuhuhu panasss bengkak je jemari ku yg debab... :P


misi... buang biji cili kering!!!

dengar kata td.. elok tiap kali pass mission buang biji cili ni lumur garam kat tgn... hmmmmm... next time nnt mesti cuba!!!!! herp3x...

ok ler uolls... tau u'olllsss boring baca diary I ni... hahahahahah

TILL NEXT POST la yerp!!!

aku the writer
akuLeya






Isnin, 28 April 2014

aku kembali.....

Assalamualaikum.....

hye diary CekYa... (Bluekssss)..

mihihihihi...

ni cerite jumaat!!

kesian diary cekYa ni da 2-3 hari xberupdate....... hmppphhh... jap2... nk tgk ada x habuk2 nih.. mihihihi..
wokey.. sebenonye cekYa xupdate sbb jumaat ritu cekYa cuti... cuti sbb... ada hal yg x dpt dielakkan.... cekYa bz kulu kilir... ke bank rakyat... ke pjbt daerah... pastu time tu gak ank cekYa xsihat plak.. asthma mnyerang... huhuhu... dr pagi.. enPejal da kehilangan lagik kunci kete dia buat kali yg ke3 kalo x salah tuk bulan nih.. mihihihih wadoiiiii... apa daaaaaa... da setel tu cekYa pun kemas2 la umah... tggu ank dara cekYa balik skol... nk g setel hal dekat Bank Rakyat tu.. pastu da setel kat situ cekYa gerak ke hospital

for info./.. ank bujang cekYa ni mmg ada asthma.. jadiknya.. bwk la dia g amik nebulizer kt Hospital Port Dickson.. smbil2 nk terus buat appointment dgn pakar kanak2 pasal nak tahu detail pasal disleksia dia tu... dah hampir 4 ptg baru la selesai urusan little Payin ni.. kebetulan plak.. kazen cekYa ada sorg yg bakal melahirkan warded.. so, singgah la melawat dia sekejap.. melawat borak2... hihi (Ghupernya da byk prosedur terbaru yg ibu2 nak bersalin kn lalui skang ni... smpai magrib jugak cekya melepak disana... layankan dia.. maklumla time2 camni.. segala nk kn control... emosi segala... kasi dia hepi2 tggu "jalan bukak" masa duk buang2 masa ngan dia tu.. da bukak 2cm da.. :) .. seronok la org nk ada baby nih!!!
hihihihi...

mlm tu da keletihan.. pas amek adik ipar kije.. cam biase lor... ketidurannn.. zzzzzzzz

cerita sabtu pulak!!

hihii.. disebabkan ank cekYa xsihat lagi n need to follow to pakar kanak-kanak @ klinik kesihatan Port Dickson.. makanya cekYa pon cuti.. en.Pejal plak kene kije arini.. so da setel2 semua tu cekYa g pasar.. n balik umah masak mkn tghr n melepak ngan adik ipar...

resepi mkn tghr cekYa ank beranak sabtu tu

1) Masak Lemak Cili Api Udang (requested by enPejal)
2) Daging Goreng Kicap..

(lupa nk take pix.. kalo x leh eksen ngn korunk.. ngehehe)

pastu tetiba rasa nk makan manisan.. tgk bahan2 ada.. cekYa lebur ler telur menjadik 


ini dia PUDING KARAMEL a.k.a puding gula hangusss...
yeeehaaaa..Mood nk makan manis2.. huhuhuhu
(abaikan bentuknya yg x berapa cantik.. tp rasa superb tau!!!)


pas masak.. kitorunk switch On aircond try nk tdo... 
TIBA-TIBA
jeng..jeng...jeng
mihihihi
ada adik cute jual jagung manis...
wah! bulan jatuh keriba... terus beli jep....


jagung manis yg cantik sgt rupanya... RM10 untuk 6biji... 


akhirnya jadik la ini... :)

pas da siap "bubur jagung" ni.. cekya pun berehat la kejap.. baring2 tdo2....lelap2... sementara tunggu enPejal balik... 

tghr tu kitorg da dpt info yg kazen Cekya tu da selamat bersalin... baby boy wit 3.6kg.. Alhamdulillah lega ... :) Good Newss... pastu plak apa lagik da ptg tu tgk enPejal pun lambat lagi kitorg g la melawat baby baru tu.. hihihihi.. syiok oooooo............ baby Firas da lahir kedunia.. 26/4/2014... :)
balik dr HPD..  

cekYa pun memulakan proses masakan meniaga tuk esoknya,,, (ahad)...
nasi lemak.. rendang ayam.. 

setel tu.. apa lagikk tdo la...

ceritera ahadKu!!

ahad tu pagi cam biasa cekYa meniaga.. tp tambahan.. rini BFF cekYa tu tumpangkan kuihnya sekali.. alhamdulillah.. share2 rezeki... :)

cuaca cantik

matahari bersinar.....

pas niaga CekYa berkejar g tgk little Firas dulu... kazen aku nk balik berpantang dikampung seminggu... so, nnt lama la xjumpe diorg tu... g la melawat dlu...

balik.. kemas2 lepak2 ngan ank2 buah..  smbil wat persiapan tuk tempahan petang tu... (ada member tempah nasi lemak dan rendang jugak... ptg smlm tu.. tuk bday ank dia)

selesai sgala masak2 tempahan.... cekYa rebahkan badan jap... nap dlm 13 minit cenggitu.../bangun tu.. dah hantar bg kat org yg tempah... kitorg siap2.. enPejal da ajk g lepak kt MCD... hihihi... 
seronok la bebudak nih...


antara menu


lepas lepak MCD... nk anto ank buah g amik brg kt umh maksedaranya... nak dijadikan ceritera.. kete cekYa nya meter penanda aras minyak tu.. ghosakkk... giler ah.. xtau minyak ada ke xd... tp jalan jugak la... gamble.. sbb ptg sabtu baru isi.. so, ingat boleh la jln lg kot.. namun akhirnya.... kerete tu semput dan STOP suddenly... minyak habis sudaaaaa... huhuhuhuhuh makanya bertolaklah kereta tu ke umah kazen tuh.. huhuh (sib baik x jauh) while tunggu husband kazen blikn petrol... layan tea o panas.. fuhhh.. penat giloss menolak kete tuh,... huhuhu pakai la ada menurun2 bukit ckit.. so lega ckit.. tp yg part menaik bukit tu masakkk la ckit.. huhuhu... pas da setel balik umah... mandi dan x tunggu lama lagik da tros... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....

kepenatan yg amat

till next POST

aku the writer
akuLeya 


Khamis, 24 April 2014

ceritera aku lagikk.......

Assalamualaikum

sebenarnya xada apa yg menarik pon tuk diceritakan..

semalam blik kije cekYa xmasak pun... sbbnya enPejal dah pikir2 apa yg dia nk try masak.. (cube resepi baru la kekdahnya... mihihihi) ..... 
cekYa pun amik peluang berbaring2... baca2 novel wlau dah byk kali khatam pun.. hahahaha.. (ko kalau novel laju jerk,., kalau quran nak kasi khatam setahun sekali pn payah.. KERUGIAN BESAR CEKYA DISINI... UHUKUHUK)
 In Sha Allah.. perubahan dlm bab ni sgt diperlukan!!!!!

lepas tu cekYa layan plak drama... uhuhuhu wat kije LAGHA lagik.. (sdg keuzuran jd masa senggang agak byk) nak wat lain2 hal.. semua pagi2 sebelum g kije da bereskan... nk tlg memasak.. enPejal x allowed... jadinya.. layankan la... Aku Isterinya... resepi terbaru enPejal siap.. bubur ayam+daging yang sgt sedappppp.... iras2 je dgn bubur MCD... hhahahah... apa lagi bedallll...

siap mkn... mandi.. pastu cekYa pegang raket nyamuk.. korunk kenal raket nyamuk????


hah ini la raket nyamuk... siap bertorchlight bagaiii... mihihihihi..

untuk rekod... umah cekYa tu mmg byk nyamuk... xtaula ada yg kata musim... hentah la... mybe kot..
apa lagikkk.. jadi pembunuh2 yg kejam la sekejap... 
berlari2 ank kejar nyamuk mihihihihihi....

tiap kali ada bunyik "buzzzz" tu happy sgt rasa.. sbb tau da ada mangsa.. kahkahkah (gelak mcm ahli sihir jap)... 

relak2 pas keletihan kejar nyamuk.. cekYa pun kuar amik adik ipar yg balik kije kul 930pm.... 

smpai umah... da xtau nk wat apa lagik dah.. panjat katil... tidoooooo!!!!!

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

smpai pagi td.. hahahahah

serius xd yg menarik sgt berlaku semalam... 

apapun Alhamdulillah Allah panjangkan umur untuk menikmati hari ini pulak... :)
tengok apa lagi yg indah2 dan menarik utk hari ini..

semoga Allah permudahkan untuk setiap urusan ku...
dan segala yg terbaik dan indah akn berlaku hari ini...

aaammmiiinnn

aku the writer
akuLeya

Rabu, 23 April 2014

Mood berangan episod - 2

assalamualaikum

kihkihkih

kelasss x tajuk entry...

cer bgtau cekYa ... sape dlm dunia ni yg x suka berangan...???
(jawab ikhlas eh)

hahahahahah... CekYa rasa xada lah... oleh sbb itu... jom kiter layan pix dibawah ni... smbil berangan...
(alah berangan xpakai duit pun!!) 
hahahahahah


antara pilihan enPejal... da fwd pun pix ni kat adik ipar yg mmg pakar buat perabut!!!
(mihihihihi)



anak rmai...ruang xada... jdnya pilihan idea tu kebanyakannya jenis yg bertingkat2 gini lah..


lagikkk tingkat2... hahahahah


ini pun cantekkk tetapi nmpknya tuk sorg ank je kot ni??? huhuhu


ini pun nampak sesuai... :)


agak2 korunk kalaula cekYa berjaya dapatkan hiasan dan katil2 mcm yg dlm pix ni.. apa reaksi ank2 cekYa eh??? asek nk bkurung dlm bilik kah??? huhuhu

apapun... in sha Allah aku akn usahakan... skang ni mmg mood tgh cari idea nk hias rumah..

xkisahla buat apa pun kan... wlau sekadar rumah kecik...
tapi itulah sorgaKu...

Syukur atas segala pemberianNya
Alhamdulillah

till next post...
(part berangan ni akn byk lg kot pas ni!!)
muahahahahah

aku the writer
akuLeya

semalam punyer cerita #throwback

hikhik... korunk.. cekya nk share skit je maklumat.. hahahah
semalam kan adalah hari yg sgt2 cekYa berehat... 
(pagi2 sebelum g kije semua hal da dibereskan)/...
enPejal plak balik kije dah beli roti canai plus mee goreng mamak kat seaview tu.. 
so, cekYa dengan bangganya berehat sungguh!! hahahahah
nak kata berehat tu mmg la xwat apa2 kije.. 

TETAPI.

cekya pening kepala mencari kunci kete enPejal yg hilang....
(tu lah puncanya semua mkn mlm tu beli jerp!! nk kosentrate cari kunci)

adoiiiii satu rumah berketuntang mencari... sehinggalah menjelang maghrib terlintas nk call adik ipar... (malam kelmarin deme tu ada dtg Dinner dirumah kot la deme terbawak balik)...\
akhirnya jawapan yg diterima adalah..

"Ho! ada kunci kete long nih! kin jupo bwh kusi..."

ghupernya enPejal tertinggal umah adik dia... baru la realize yg kereta tu smlm dibw balik kerumah oleh adiknya yg lagi sorg tu guna spare key yg ada pada Cekya.... 
aduiiiii penat mencari... tp xapalah asal da jumpa./.. lega sudaaaa
bila da setel tu dapat la cekYa mengadap TV jap.. layan drama hahahahaah



Izzue Islam @ Aku isterinya

hmmmm.. itulah saja cerita yg mmg wat CekYa rasa mcm nk pengsan!! letih mikir huhuhuhu 
risau sbb kunci umh pun ada duk sekali ngn kunci kete tu.. xke haru nk kn tukar kunci umah segala plak!!! 
huarggggjhhh.. apapun Alhamdulillah....

hihihi

till next post... post aku berangan nk hias umah.. hahahahah

aku the writer,
akuLeya

hari2 aku... wit ESP Shaklee

Assalamualaikum.......

Selamat Pagi... hihihihi...

jom kita mulakan hari yg ceria dengan semangat yang lebih uuummpphhh!!!!!

hihihi.. 
ni cara CekYa bersarapan setiap hari... :)




korunk semua... boleh jugak amalkan cara yg sama... bukan untuk apapon...
untuk kebaikan kesihatan kita jugak.. saja nak share cekYa ni mmg gemuk.. nafsu makan tu
Ya Allah saja lah yg tahu... pas hampir 1/2 bekas ESP ni cekYa amalkan...
Alhamdulillah... PENYAKIT xboleh tgk makanan... asek nak mkn jer ni.. dah boleh kontrol...
kan ape la kan... kalau kita gemuk... mkn mcm2.... mcm2 penyakit senang nk singgah...
tambah2 lg penyakit MALAS.... (ye arrr..... badan da berat... nak bgerak pun malassss) hahahahahahah

Cekya beli ESP ni yg flavour vanilla... (kazen CekYa yg introducekan)..... Cekya ni plak 
jnis yg xsuka minum susu yg rasa directly susu.... jadi yg bestnya ESP ni...
cekYa mixed up wit MILO ... rasanya mmg enak lah bila dah mixedUp nih..
tu yg cekYa trus terjatuh hati..

sejak da amal ESP ni.. xadalah lagi  kelaparan sebelum waktunya... pkul12tghr lunch just amik 4kpg cracker pun da ok... :) ... (kalau dulu2... jgn harap... asek lapar jer memanjang) kihkihkih.....

oklah.. tu je la dlu.. cekya membebel pasal ESP pagi2 nih... mihihi..
korunk boleh la cuber eh??? no order..?? google jer... melambak2 no fon dealer Shaklee ni.. hihih xpun masuk je ahli dpt harga yg murah cket...

ok till next post... bubyeee

aku the writer
akuLeya

Selasa, 22 April 2014

BERANGAN SAT NOOOOO!!


Assalamualaikum......

Apa Khabar korunk semua... :) .. especially my dear diary...

mihihihi..

rini kan cekYa punya post adalah sekitar MOOD BERANGAN yang ADOOOO...
hahahahahah... kan apa... "banglow" CekYa tu tersangat la besar.. smpai Cekya dah xd idea mcmana 
nk hias bilik ank3 cekYa... macamana nk bagi cantekk n selesa bagi diorg dengan keluasan bilik dan rumah yg sangat minimum itu... uhuk3...

Jadi... cekYa pun sebeyla... kt kedai perabot area PD nih! .. hmmm nan ado... semuanya yg macam ala2 tidak menepati citarasa (wah! kau! citarasa.... :P) ... hmmmmpphh

Skang ni cekYa tgh sebey kat tenet... tp kalo nk yg cenggini/// jawapnya mmg kn tempah la kan??? mahaL SUDAH TENTU nih... xper2.. apa2hal.. mata perlu dijamu dulu... :)... 


The ultimate in luxury hideaway beds has got to be this elevating design...

nampak???? 



This one is like a room within a room.

yang ni nmpk idea yg menarik.... tp mybe merbahaya ckit kot... kehkehkeh

This bedroom harbors four beds but still looks to have masses of floor space. The centrally placed ladder becomes a design feature rather than a hindrance, and the clean crisp lines of the bunks almost become moment of contemporary architecture.

ini pun sesuai tuk ank ku yg ber3 tu,, tp ni mgkin sesuai tuk bilik yg luassss uhuhuhuu...

Bunk beds are a great layout hack for getting more sleeping space out of a lesser floor area, but these bunk beds take up the least space of all: a shallow wall panel acts as the holding dock in which the beds can be folded away with ease when not in use.

Hmmmm... ni nice idea... :)

Bunks under a sloping roof, like in this loft space, are a great solution where precious floor space is eaten by a central stairwell. This particular example also incorporates a set of space saving storage shelves in each bunk cubby.

pon comell... :)

Generally, when you move the bedding space up, you are be able to find room for a lot more things. Storage shelves, a clothes rail and even a wash basin find a home under this high shelf-bed; the arrangement here also makes nice use of the high placed windows.

Yuppp!! yg ni cntekkk.. tuk hero malaya aku tu sesuai sesangat rasanya neh!

A mezzanine level is a winner in double height homes for all sorts of uses, but a bedroom hidden in the rafters is one of the best.

menarikkk... ni kalo tgh masak... yg kt atas tu nk tdo mmg terganggu... terganggu dek BAU!!
kehkehkeh

gray yellow white bedroom suspended beds

Smart Idea!!

From Space Saving Tiny Apartment New York

ni pon ghasernya sesuai utk rumah yg ada keluasan yg lebih sahaja...rumah cekYa??? 
celah mana la nk letak nih?? mihihihi

adoiiii... nak berangan xgune duit kan... jadi setakat nak jamu mata rasanya xsalah... 
mihihihi.. in Sha Allah... satu hari nnt mana tau rezki buleh dpt lebih cantekkkk dari yg ada kt page ni.. kihkihkih.........

ok ler ... penat otak cekYa berangan.. wakaka...

till next post!!!

aku the writer
akuLeya

Isnin, 21 April 2014

saje nk promote!! SEDAP WEIHHH

 Assalam... Dear Diary,,

CekYa ni nk citer ckit.. CekYa mmg dibesarkn di kelate... kawin ngan ore kelate.. tp kan bab kepok segera mmg cekYa xleh layan.. rs semacam.. xtepati citarasa kata org tu.... hahahah.. tp yg Ini.. cekYa baru dpt rasa hr ni..

kirim kat adik ipar yg balik kg kelmarin...

memang sedap!! 
kena plak ngan collek (pencicah @ sos) yg import khas dr kuantan...

marbelesss lor...


yeah!! ini dia.. 
KEROPOK CAP 5 IKAN
keluaran
YAH ISMAIL...

memang padu la bila dipadankan dgn pencicah dari kuantan ni

Alhamdulillah...

hihihii.. tu je share wat masa ni...

tp serius..

mmg sedap!!

sebungkus tu xsmpai beberapa minit dah clear

ngeheheeh... :)

Xkisahlah bg credit free untuk "This keropok pon" hahahahahah

till next post

aku the writer
akuLeya

ceritera sabtu & AHAD aku... :)

Assalamualaikum...........

woraittt.......

pagi yg indah ini... cekYa nk bercerita sedikit dengan myDear Diary.. ngeheheeh.. sabtu ahad mgkin bg semua org adalah hari2 untuk berlibur... :) .. tp bagi cekYa ceritanya xsama....

jeng.. jeng...jeng....

surprise la sikit... ok.. muler2.. sabtu cekYa mmg kije hokey ank2 semua.. tp halpday lah.. :D...
blik je kije aritu.. cekYa surprise dgn keadaan rumah cekYa yg,..hukhukhuk.. lintang pukang yer adik2.. ini adalah kerana en suami a.k.a enPejal tu da xdpt lg menghadap kepanasan yg melanda setiap hari di malaysia ni... hihihihi.. He decided tu pasang aircond kat Hall rumah tu hah.. jadiknya.. hasilnya adalah...seperti berikut!!!!!!!!


Hamekkk kau! lintang pukang,, ngan segala tupperware semua keluar.. sbb pipe yg nk menghubung ke unit kondenser tu akn melalui my store room.. huhuhu... owh!! hukhuk.. balik tu secara automaticnya da rasa penatttt gile.. (tu blum wat pape kije lg tuh!)... dengan segera CekYa masuk bilik.. pasang aircond dlm bilik.. dan kemudiannya.. tidur dulu... mihihih.. bukan nk trus kemas lah kan.. sebab depa tu x siap ag pasang kan?? duk gerung.. gerang!! wenggg.. zasss!!!!!!!!! (lantak r korunk)

dapat sekelap// en.pejal kejut.. dia ckp "saya lapar" huhuhuu nk masak mmg xpat la kan...?? makanya.. CekYa pun start la kete.. ooopss .. sebelum tu.. pesanan penaja en.pejal suh CekYa g tampal tayar kete dia tu dulu... baikkk bosss.. pas tampal tayar strictly ke town PD.. pg cari pesanan makan tghr tuk kami... setel balik umah... tgk2 ..!! 


Yess!! da siap tergantung... hihihihi siap installationnya.. kami pilih brand York.. (Coolling King katanya kan??? mihihihihi).. model 1.5HP iPlasma..... Alhamdulillah,...,. korunk jgn la pelik tgk bidai buluh CekYa tu yerp.. sebabnya itu sebenarnya menutup my hangging store.. :D .. "banglo Cekya kan besauuu    (aaaamiiiinnn) hihih.. so store yg tergantung gtu mmg sgt perlu... "

On aircond kami terus menikmati makanan yg da dibeli tu dgn lahapnya.. kihkihkih.. dah nk dkt kul 4 ptg baru nk lunch!! kebulur ank3 cekYa....

Settle tu makanya berkemas la aku... meVakumm... menyapu... mengelap./// menyusun... dan segala ME la.. nk kasi kurang semak umah tu... (biar rumah xbesar.. perhiasan murah dan x cantik... tetapi kekemasan dan kebersihan tu penting untuk dijaga yer kawan2 semua... :)

seusainya... proses berkemas dgn ank2 dara cekYa... seterusnya masuk dapur tuk persiapan memasak sambal (nak nega esok kan... sambal kn start masak awl.. nk kasi cili tu betul2 masak!!!) 


sebelah dapur masak cili yg baru siap dibuang biji.. cekYa mmg selalu amalkan rebus dulu cilikering ye adik2.. tuk ilangkan kepedasan yg menggila... sebelah dapur lagik cekYa masak sambal... biarkan dia menggelegak disitu....

pastu cekYa pun da penatttt hahahhaahah apa lagi.. rehat la dulu.... :)

tgh malamnya pas cekYa balik dr amik adik ipar kije.. mula la proses terus memasak smbal dan rendang ayam.....


rendang sedang di masak.....

selesai masak rendang tu da dkt kul 1pg.. jadi Cekya mesti tdo.. sbb nnt kul5 pg.. cekYa nak bangun lagi.. byk lagi tugas menunggu....

@5:00am   (Sunday morning yg ceria..)

pesiapan untuk keluar meniaga.. tp sebenarnya memasak lagi... masak nasi lemak.. rebus telur.  kopek kulit telur..... goreng telur mata.. potong timun.... goreng ikan bilis... dan segala yang berkenaan...

jgn lah pelik sgt nk kata Cekya ni rajinnn giler yerp.. sebab en.Pejal setia membantu... dan sebenarnya... dia sgt byk menolong dirumah... Love U Daddy!! :D hakhak.. jiwang-jiwang sat!!!

@7:00am .. 

Jom kita kuar meniaga putriku Dina...


nasi lemak 


Telur mata & Ayam Rendang


Sambal Tumis Ikan Bilis


Ikan Bilis Goreng + Telur Rebus + Hiirisan Timun = :D


mihihihihi


Wit My Putri Dina


Yeah tunggu Customer!!!

NASI LEMAK!! NASI LEMAK!!!!...................

@9:00 am

perniagaan berhasil dengan jayanya.. :D ... jom kita balik putriKu.. balik smbung berkemas... dgn ank dara sulung plak.. Heroku as usual.. layan Cartoooon jerppp!!!.. Dina kul 1130 da g tuisyen Inggerisnya.... aku pas kemas2 tu bergolek2 la.. cuba untuk lelapkan mata.. tp x gak berjaya.. ah!!! bangun tgk apa lagi yg patut dikemas.. tgk da xde.. hadap la TV sat... tgk melodi... smbung Nona... mihihihihi.... (sebenarnya ni lebih pada cubaan tuk lelapkan mata... )... Oh! Ok! Nora Danish gantikan Neelofa dlm Nona... xtau la ni selamanya ke @ ganti kejap je.. hihihi (sempat kepoci jap) .... sehinggalah aku tgk alamak!!!! ada Filem MR OS la .... citer pebret ni.., buleh gelak2... release2 tension... letih pun boleh ilang ni... mihihihih... layan la... terkekek2 ngan ank3... 


scene badul ngan raffie hussin... (Eh! da kemana Raffie Hussin ni skang ek??)

tengah layan2 tetiba en.Pejal ilang... bau semerbak je kuar ke Hall... dan 5 minit kemudian..


taaaaraaaaaa!!!!!!!!!


apa nama dia ek??? alamak blurrr jappp


lupa lah agak2 apa nama korunk panggil.. cekYa panggil dia jepput jah!! kihihihi (serius blurr nama kuih ni)
tapi air tangan enPejal mmg selalu sedapp dan x menghampakan!! xterdapat dimana2 kecuali di dapur umah cekYa jerp!!!

sambil makan smbil nengok TV.. hahahah sedapnya... (tambah berat badan.. pastu kalut...GEMUKKK)

setel "JEPPUT" dan MR OS tu.. smbung lagikkkk tugasan seterusnya.....


menggososk baju sekolah ank3 tuk seminggu....


sila gosok Cekya


dan akhirnya gantung !!!!! siappppp!!!!!

malam tu mmg da plan ngan enPejal nk g cari langsir kat MRDIY... yeah!!! yg terkemudiannya story ni kita smbung kendian la yerp!!! takot korunk terboring nk muntah plak baca post cekYa nih!!... cekYa nak tayang gak.. langsir baru Cekya tuh... mihihihih.. (bukan nak tayang saje nk share la ngan dear diary... sok kalo koyak.. cari balik dlm diary nih... hah!! agak2 bila cekYa beli... tu je sebenarnya.. mihihi)

okler.. cekYa nk wat kije jap!!!

till next post!!!


aku the writer,
akuLeya





terbaru.... :)

abh...

Akhirnya pas dr minggu ke seminggu... plan nk blik kg terlaksana... wlau gerak dr bangi dah menjelang 5ptg... smpai kg ...